Thursday, December 30, 2010

Oh...sudah mahu pergi 2010?

Yerp..itulah hakikatnye yang prlu semua manusia dekat dunia ni tahu. Tahun 2010 dah nak pergi! Dah nak meninggalkan kita. Dah tak datang lagi dah, kecualilah kalau korang yang mendatangkan memori-memori 2010 itu di dalam fikiran. Jadi wayang gambar berwarna tapi tak bersuara je lah. Secara keseluruhannya, aku mengalami tahun 2010 yang sedang-sedang sahaje. Tak happy sgt, tak sedih sgt. Biasalah...

Eventually, tahun 2010 aku bermula dengan aku masih meneruskan sekolah di MRSM PAsir Tumboh selama 2 bulan untuk mengisi masa lapang dengan program KIKA sebelum dihantar ke maktab lain. 'Waktu menghabiskan mase di dalam dewan' selalu je kawan2 aku mention ni, belajar thinking skills, learning skills and ntah hape-hape lagilah, yang kami sudah didedahkan sejak kecik lagi. Tak ke bosan? Adoyai.. Cukup sebulan setengah 'merehat-merehatkan' minda, panggilan untuk menggerakkan semula enjin otak yang telah beku berkarat itu kembali. Aku ditempatkan ke MRSM Langkawi. Jauh sangat. Tapi, tahun lepas, aku jugak yang sibuk nak pergi situ. heh. So, tak boleh nak rungut ape2.

MRSM Langkawi? Hardships? Sudah sinonim. Mane nak sesuaikan diri, mane nak cari kawan, mane nak hilangkan Encik Homesick kat dalam diri. Bak kate, memang bnyk benda yang terjadi dekat situ. Tapi, sebagai manusia, aku tak boleh nak berputus asa, telan semuanya. Ade jugak kadang2 rase give up menjengah diri, tapi sekejap je, tak sampai setengah jam, dah kembali normal. Heh. Perjuangan harus diteruskan walaupun sesakit mane segala benda yang ada di hadapan kita.

Menghabiskan dua semester di MRSM Langkawi membuatkan aku lebih mengenali erti kehidupan. Membuatkan aku terima seadanya segala ape yang dipersembahkan utk hidup aku. Dua semester ditutup dengan peperiksaan akhir semester dua, yg resultnye tak memuskan hati. Apelah yang aku belajr? Haha..

2010? Banyak memori yang nak aku ingat. Banyak jugak yang aku nak lupakan. Kenapa? Biarlah aku yg tahu sendiri, ye tak? Yang peting tahun 2011 yang mendatang, aku berjanji akn buat yg terbaik dalm SPM. Insyallah.

2010...saye kenal ramai orang!


 Kelas kesayangan 401 Lawrencium


Saya slalu tnye sal Korea dekat die!


Anak-anak Zainuddin! Hehe..classmates and roomate


Aku rindu momen ni!

Babai 2010. Babai buat sementara waktu, blog!

Wednesday, December 29, 2010

Hampir tua :(

Lagi dua hari aku akan balik ke maktab. Adoyai... cam sekejap sangat cuti kali ni. Memang tak cuti pun, dok tuisyen memanjang..Takpelah, untuk kebaikan diri aku jugak. Campur, tolak bahagi, lagi 16 hari aku akan genap mencapai usia 17 tahun. Seram kott angka tujuh belas tu. Rase macam dah tua sangat, tapi..kadang2 rase mcm tak, pulak. Rase mcm sekejap sangat, tup.tup aku dah 17 tahun. Dah nak ambik SPM woo.. Kalau mase aku kecik cinonet dulu, aku rase akak-akak and abang-abang yng dah berusia 17 tahun ni macam besar sgt2. Mase tu, mcm nak cepat2 jadi besar, nak sekolah menengah. Tapi, sekarang, gatal pulak nak jadi kecik balik. Nak duk sekolah rendah. Jadi budak kecik kan senang, tak payah pikir banyak masalah..kan.kan.kan? Sape setuju, angkat tangan!!

Kalau orang dulu-dulu, 17 tahun, dah boleh kawen dah, siap ada anak lagi. Tapi..zaman kan dah berubah, kalau dulu, orang tua-tua slalu kate, perempuan, duk kat dapur je, tapi sekarang, perempuan pun dah boleh kerja dah. Terer kan perubahan zaman? (Tengah menaip sambil tengok bola ni... ape da Indonesia.. pakai laser jugak.Aritu bising, cakap tak serupa bikin)..haha tak boleh belah..nak jugak masuk ayat dalam kurungan tu.

Aku ni, jenis yang suka mengimbau kenangan, alah..kenangan dulu-dulu waktu kecik2. Banyak jugak yang best, ade jugak yang tak. Kalau dulu, semua masalah macam takde je, kan? Sekarang ni, mane nak fikir belajar, mane nak fikir benda-benda lain. Aish..tapi..itulah namanya kehidupan kan? Banyak azam aku tahun ni? Ntahlah...banyak lah jugak. Tapi..tu aku alan ceritakan kat entry lain. Entry ni nak membebel pade diri yang suda tua ni. Yang penting tahu 2011 tahun penting aku, tahun penentuan. Arah hidup aku suatu hari nanti bergantung pada usaha aku tahun 2011 ni.

Okeylah..nak sambung tengok bola :)

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Tinggal Pusat Tuisyen al-Amin

Huhu...tengok tajuk entry ni macam sedih gile kot. Yeah...begitulah bunyinya mood aku hari ini, mengucapkan selamat tinggal dan salam terakhir kepada cikgu2 dan rakan2 kat Pusat Tuisyen al-Amin, yg sebulan ni dok sebuk berulang-alik krn ingin menimba ilmu, dan tak mahu biarkan otak aku ni berkarat disebaban cuti yang agak lame.Huhu. Yup, otak aku ni kalau dibiarkan rehat lame-lame mau lemau. Jadi, inisiatif aku mengambil tuisyen pada waktu cuti ini adalah sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun hadapn. Bak kate org, biar enjin tu panas dulu, baru boleh drive dngan selesa...ye takk??

Ape-ape pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat cikgu-cikgu yang baik hati nak mengajar kitaorang selama sebulan ni. And...to kawan-kawan sekelas...best gile kott sekelas ngan korang! Tahun depan aku dah tak pergi sane, tapi..aku sentiasa berdoa agar Allah pertemukan kite lagi. Aku akn ingt semua bebudak kelas a yg comel2. Comel2 je..takde hensem2 sebb semua perempuan.Hu~ Walaupun hanya sebulan, kesannye mendalam dekat aku.

Hari tu, mase mula-mula setat tuisyen, rase cam lame sangat sebulan tusyen dekat situ. Tup.Tup. Hari nih dah hai akhir. Sekejap je.. aish..rase macam nak sambung tuisyen kat situ lagi. Best.Dan lagi dua tiga hari, dah nak pulang ke maktab. Uwaa.. aku sambut New Year dlm bas lah tahun ni. Aish...sedih gile kot. Takpe-takpe.. tahun depan dah takleh main-main dah. Kena serius balik...*mood serius* SPM!

Mane2 yang nampak aku macam tak serius tu, tegur-tegur la ekk..hehe. membantu kan amalan mulia.

Okaylah..chiow...ambo nk tgk cte Mary Stayed Out All night dekat astro nieh. Power tak?? Dh kuar dekat Astro! Episod bape ntah...

Friday, December 24, 2010

Bile mood hilang...

Anda suke tak, bile anda nak pergi shopping, ingatkan hari ni shopping mall tu lengang tapi rupe-rupenye tak?Penuh gila sampaikan berlaga-laga troli semua and barang-barang yang anda nak pun habis sebab org lain dah dapat dulu :( Lepas tu, ade pulak yang mak cik-mak cik ni dok tengok je ape yang korang beli, lepas tu turut membeli barang yang same. Apa motif dia huh? Serabut gile kowt. Aku? Demm tak suke!

Penah tak benda-benda kat atas tu terjadi dekat korang? Alkisahnya, semalam aku and family keluar untuk bershopping barang-barang sekolah sebagai persediaan nak balik ke maktab disebabkan cuti yang dah semakin pendek itu, dan aku juga perlu menghabiskan tuisyen yg tinggal lagi seminggu (cam malas gile kott...) Jadi, hari yang bertuah yg telah dipileh adlh hari Jumaat.Huhu. Sampai-sampai je kat shopping mall tu aku memang terkejut gile lah, ramai sangat-sangat orang yang bershopping semalam, sampaikan semua fenomena yang aku sebut dekat atas terjadi dekat kiteorang sekeluarga. Aish..tak suke!

(Foto ni takde kena mengena)

Disebabkan telah terjadi fenomena2 di atas, kami telah berkunjung ke dua shopping mall semalam.Biasenye lepas melawat(sesuai ke term ni?..haha) satu shopping mall kami terus balik. Tapi semalam tak. Disebabkan barang2 mahal, kami sanggup ke shopping mall sebuah lagi yang menawarkan harga yang lebeh murah.Huhu. Berbaloi lah..sebab shopping mall yang kedua tu memang murah pon.

Tapi, seriusly, memang aku tak suka gila kalau time aku shopping ada orang ramai2. Tak de privasi langsung. Aku lebih sanggup tak pergi waktu shopping mall tu sale, sebab senang nak membeli. Hehe. Kalau ade ramai je, terus hilang sikit mood nak bershopping, ala sikit je.Haha. Tapi, secara jujurnya, memang aku ni tak suka membeli-belah! Dari rumah tu memanglah bersemangat bile dengar nak keluar shopping. Tapi bila sampai kat tempat shopping ni, terus aku tak de mood nak pilih. Kenapa ekk? Aku pun tak tahu. Kalau korang tahu kenapa boleh bagitahu aku tak ape masalahnya aku niey? Geram betul bile jadi macam tu.

Tolong aku ehh...

Thursday, December 23, 2010

Berat :)


Jom kite timbang-timbang belog! Huhu...yeah..kepada sesiapa yang rase blog dia berat tu, pergilah try timbang dekat laman web ni, www.iWEBTOOL.com. ceh. Cayalah...tak sampai seratus pun... bagus2.huhu

Pemilihan lagu..huhu

Setelah berasakan blog aku ni agak sunyi, aku membuat keputusan untuk meletakkan lagu supaye nanti kalau adelah readers2 yang datang, tak rase bosan sangat :) Bagus kan aku ni, huhuhu memikirkan kebajikan pembaca2 aku yang comel-comel tu :) huhu. Tapi, disebabkan aku tahu ade sesetengah readers yg tak beape suke kalau2 buke blog, terus keluar lagu (yelah..tibe2 lagu blog aku ni ganggu lagu yg dorang tengah dengar, susahlah..huhu) aku ambil lagu yang tak hardcore dan harsh sangat.Huhu..

So...setelah melalui proses penapisan dan pendengaran beberapa kali oleh aku sendiri, mengikut kesesuian pembaca dan aku juga...lagu yang telah dipilih adalah..... CN BLUE - Love light. So, ape pendapat korang dengan lagu tu? Bagi aku lah, lagu tu tenang je..sebab tu lah lagu tu dipilih antara banyak-banyak lagu kat luar sane tu.Huhu..



Sebelum letak lagu tu, ade jugak test lagu Jay Park - Nothin' On You tapi tak jumpe yang best kualiti, jadi aku memilih dengan muktamad lagu CN Blue.



Enjoy!

Wednesday, December 22, 2010

Esok - result PMR adek!

Haish...sekarang dekat rumah atok. Tunggu papa tak datang-datang ambik lagi. Tak datang lah tu malam ni. Huhu. Takpe, takpe Taulah aku nak buat ape...hehe. acece..gurau je. Oh...aku baru lepas call papa. On the way :) Nice!

Okeh...sekarang meh kita bergerak ke teraju utama post ni PMR. Aku pasti dan sangat2 pasti yang readers2 and followers ramai yang sudah menempuh pepriksaan ni, termasuklah aku ataupun, yang bakal menempuhnya nanti. Takpe, jangan cuak, tak susah sangat pon (memanglah..dah lepas kan :) buatnye tak, cuak jugak)

Esok 23 Disember 2010, so hilanglah debaran-debaran di dada-dada pelajar tingkatan 3 2010 kerana keputusan PMR 2010 akan diumumkan secara rasmi esk dan salah seorangnya adalah adekku sendiri, Nabila. Aish.. macam mana lah result adek esok. Insyaallah, boleh lah tuh... Aku yakin dia pasti boleh. Dia kan adek aku. haha.. sorry, terover sedikit yaish..perlu megcover diri nieh.

Ni lah adik aku. dan foto ini di grab dekat facebook nya.

Good luck yea dik!

Award pertama...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hati ini sangat girang saat terlihat cikguLokman menghadiahkan award ni dekat aku. Wuhh.. tak penah-penah dapat award. Ni award first lah ni. Terima kasih :) Suke sangat award tu. Huhu    

Nak jawap soalan cikgu Lokman ekk :

1. Blog Catatan Loqman Hakim best, dan sangat friendly :)


2. Cerita tentang blog.Haih...seperti yang telah diceritakan dalam post sebelum ni, blog aku dimulakan 2 tahun lepas atas sebab bosan. Dulu, tak pernah terlintas pun nak aktif, tapi sekarang, dah matang, nak aktif dalam blog, nak gain followers and nak kawan.Blog ni adalah catatan hati aku.

3. Get in touch with the world :) (menjawab soklan tak nie?) huhu

Jom Berkenalan dengan tuan empunya blog!


Rutin harian dijalankan seperti biasa hari ni.Tiada yang menarik, lagipun cuti sekolah pun sudah hampir tamat. Alamatnya, blog ini akan dibiarkan menyepi sedikit masa.Tapi takpelah.. Hari ni, saya mahu men"join" kan diri ke dalam segmen Jom Berkenalan untk mengsupport segmen CikguLoqman :).
Thanks invite :)

Segmen ni terbuka kepada semua.Klik banner untuk join yer! huhu..







Baiklah...teruskan ke soalan! Tak sabar nak jawap ni!

1.Apakah status anda 
 Single-mingle. Sedang mencari-cari kah? Tak tahulah...banyak lagi masa untuk mencari si dia yang sesuai :) huhu.



2.Ceritakan tentang diri anda
Yah...bukan senang nak menceritakan tentang diri sendiri ni.Kenape? Sebab banyak sangat benda nak cerita..hehehe.Ok.Ok.Dah-dahla membebel. Proudly born on 15th January 1994 di tengah hari yang sangat panas(tak panas mane kot...).Dah dekat tuu...jangn lupe bagi aku hadiah.Nama diberi Nur Najwa Nadia. Sudah hampir lima tahun bersekolah asrama, budak tough lah ni kiranya (ehem :P) Aku sangat-sangat tak suka dekat orang yang suka tipu-tipu dan tak ikhlas dalam persahabatan. Mempunyai habit meletakkan titik banyk2 dalm setiap ayat yg ditulis dan akan pastikan setiap ayt yang ditulis ada titik kt akhir sekali.Huhu. Bakal mengambil SPM tahun depan.Sekarang belajar di MRSM Langkawi.

3.Ceritakan tentang Blog anda
Mula-mula berblog dua tahun lepas, tak ingat tarikh spesifik jadi tak dapt raikan :(. Tak serius pun sebelum ni, sebab buat untuk suka-suka. Tapi makin lama makin jatuh cinta dekat dunia blog yang sangat best. Blog aku ni banyak cerita tentang hidup aku dan benda-benda yang sering terjadi kat luar sane tu (yelah kalu dok asyik cerita tentang aku je, mane best kan?) Selalu je nak update tapi bile bukak ruangan kosong tu, otak jadi blank. Hehe. Tapi, Alhamdullilah, selagi tangan di link dengan otak aku masih akan tulis. Follow aku ye.

4.Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Bagi aku, dunia blog ni dapat membuka minda ramai orang. Selain itu, kite gak boleh cari ramai kawan melalui blog. Aku jugak dapat luahkan idea-idea aku, yang mana tahu, boleh ubah dunia? Tak de blog takde lah seorang insan bernama Najwa Nadia :)

4.Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
Tak banyak.Just be yourself.Write what you think not what you feel which is sometime, bercelaru. Jangan ciplak blog orang lain sebab akan membuatkan diri dibenci dan rajin-rajin lah update...

5.Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Unik? Unik ke? Hehe... bolehlah kan. Uniknya, bagi aku, aku macam boleh berkomunikasi dengan orang bila aku tulis blog. Bila tulisan kita dibaca tu, rase cam di appreciate sangat-sangat.

6.Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai bila-bila? Insyaallah.. selagi Allah mengizinkan aku untuk terus menulis aku akan terus menulis. Impian aku, well, biarlah dunia blog ni betul-betul mempunyai orang yang mempunyai hati utk menulis dan berkongsi ilmu, bukan hanya untuk orang yang tiada idea atau tak faham pun apa yang dia tulis.

Huhu...cam skema gile jawapan aku ni kan.

4 orang yang ditag adalah :

wani :)
Fieqa :)
Fatin Rehanna
Bro Fitri

Saturday, December 18, 2010

Ber'Nuffnangging'

Seharian mengadap komputer...mane tak tertarik dengan Nuffnang. Ahaha...bukan setakat tertarik je, terjatuh hati,cinta semualah. Buat nuffnang ni, firstly, bukanlah sebab aku nak sangat ngan duit-duit yang ada tu. Lagipun, brapelah sangat nak dapat kan. Tapi.. bagus jugak ada nuffnang ni, sambil berblog boleh dapat duit.Ngeh3.Okaylah...sape-sape yang tengah view blog aku ni, make sure ringan-ringankan jari-jemari korang yang comel-comel tu untuk mengklik nuffnang aku yer....!

Friday, December 17, 2010

Kawan-Kawan :)

Sepatutnya, dah lama entry ni ditempek dalam blog aku ni. Tapi setiap kali nak tulis mesti tak ingat entry-entry yang dah dirancang awal-awal dekat rumah :). Aku tak nak cakap banyak pun dalam entry ni, tapi aku nak letak gambar lah.Gambar-gambar ni tlah diambil sewaktu aku pergi melawat kawn-kawan aku yang rmai dekat MRSM Pengkalan Chepa nun, awal cuti hari tu.Disebabkan aku dan beberapa orang rakan lain dapat cuti lebih awal, jadi kiterang pun buat keputusan pergi lawat diorang...hehe.

Diorang yang bakal-bakal ditempek wajahnya dalam blog aku ni adalah kawan-kawan rapat aku.Sayang korang ketat-ketat!!!



Bestfriend forever!


Kami kelihatan sangat comel dalam gambar nie! 


We shared great moments together, aint we?


Budak-budak laki kat belakang aku tu pun kawan baek aku gak tuh!


Bestfriend and best table mate for 2 years! Missing you, Ima!









Aku merindui kalian sangat-sangat :(

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas

Kontes lagi.Kontes lagi.Saje je...bosan-bosan..masuk kontes pun best jugak kan.Kali ni, aku enter kontes dekat blog cikHanna:). Haha..tak terfikir pun nak masuk kontes blog terkemas ni.Ada tertanya-tanya jugak...kemas ke blog aku ni.Tapi, ape-ape pun... nak mencuba jelah..huhu..


Sape-sape nak join just tekan dekat banner tu ye.:) Selamat mencuba!

Dan...tiga orang yang saya tag ialah:

Contest gambar kenangan sekolah dulu-dulu :)

Malam semalam, mase tengah seronok berblogwalking, tiba-tiba aku terjumpa satu blog ni, iaitu blog >>cikida<<. Yelah, sebagai seorang blogger yang tak berapa nak popular ni, aku lawat lah banyak-banyak blog nak tengok cara-cara diorang berblog. Tiba-tiba, aku go through contest yang dianjurkan oleh cik ida ni.Aku yang sebelum ni tak pernah join mana-mana contest sebab tak sempat, tiba-tiba tergerak hati nak join sekaki, disamping melengkapkan kejayaan aku buat post yang keseratus nie...ecece.Nampak sangat x post bnyak kan. And, aku juga, nak merapatkan hubungan antara bloggers-bloggers lain. Mesti seronok kan? hehe..

Oh ya, kalau anda nak join contest ni, sila klik kat gambar ekk


Marilah kita sama-sama join...okay...:))

Baiklah.Ni lah gambar yang aku pertaruhkan untuk pertandingan tu.Emm...tak menang pun takpe, asal aku dapat ramai kawan kan...


Nama sekolah : MRSM Pasir Tumboh
Tahun: 2009
Actually, ni gambar aku tahun lepas, time tu tingkatan tiga.Kiranya ni geng akulah.Aku suka sangat gambar ni sebab semua kawan-kawan rapat aku ada. By this year, kitaorang dah tak bersama dah, sebab masing-masing pergi ke MRSM lain. Tapi kitaorang tetap rapat.

Okaylah...selamat judging!

Wednesday, December 15, 2010

SS501, CN Blue dan Super Junior?

Haa.... persoalannya sekarang...mana satu lagi best??? Aku tanya korang sekarang, sebab kalau tanya aku, sah-sah lah kau cakap semua pun best. Hehe. Entry ni sebenarnya bukannya nak membanding-banding kan band mana yang best dan band mana yang tak best sebab, bagi pendapat akulah (sambil meletakkan di bwh dagu sambil mengusap-usapnya) band Korea semua best! Sebabnya.Emm...sebabnya.Sebabnya(tengah fikir nak karang ayat macam mana nie).Ok.Oklah.Sebabnya, diorang semua ada style, gaya dan aliran muzik diorang tersendiri yang membuatkan diorang unik dan best untuk di'follow' dan diminati :)

Memanglah tak dinafikan, dalam sesebuah kumpulan yang kita minat tu, sudah pastinya kite mempunyai seorang yang feveret.Heh.Feveret yang mengikut selera kita, ye dakk?? Kadang-kadang jadik eksaited jugak tengok diorang ni. Sebab, dalam setiap lagu yang diorang sampaikan, nada, muzik dan lirik dia boleh mengubah mood kita. Ngeh3. Mungkin, dalam entry sebelum ni, aku dah muatkan gambar diorang, tapi..hehe..aku rasa tak cukup lah buat tatapan umum dan aku sendiri pun. Yelah, aku pun rasa penat jugak, tiap-tiap kali nak tengok gambar-gambar diorang yang berlainan dari yang aku dah tempekkan tu, kena pergi search kat Encik Google. Haish..tak pasal-pasal rating pelawat encik google meningkat sebab dok rajin nak mencari gambar-gambar ni.

Mesti korang semua dah tak sabar kan? Oklah..tak mo kamu semua tertunggu-tunggu lagi. Sila scroll kan mouse anda ke bawah ek.....dan bersama-sama dengan gambar-gambar tu, saya akan bagi sedikit detail tentang mereka ye...

SS501


Dari kiri: Jung Min,Hyung Jun,Hyun Joong,Young Saeng dan Kyu Jong


Yeah...comel tak mereka.Opps..yang tengah duduk tu aku dah 'cop'...haha







Antara diorang berlima, aku paling suke dia lah....hehe..Kim Hyun Joong oppa ku! Sangat suka bila dia senyum.Comel!


Selain dari menyanyi, Kim Hyun Joong juga aktif berlakon, setakat ni, dah dua buah drama yang dia bintangi, Boys Over Flower(tak silap aku tahun 2008) dan Playful Kiss(2010). Kim Hyun Joong juga aktif berlakon dalm muzik video, dan yang pali menarik adalah muzik video Gummy - As a man. Storyline MV tu sangat menarik plus ngan lakonan bersahaja KHJ.


Scene ni dalam drama Playful Kiss. Aku nak senyuman dia tu.

Sekarang ni, SS501 ni masih bersatu ekk..Bagi sapa-sapa yang ada terbaca atau terdengar rumours yang diorang dah berpecah, jangan percaya. Memang diorang stop kan sekejap show berkumpulan untuk fokus on solo performance mereka yang sangat-sangat melatoop! Tapi, diorang akan debut semula tahun depan, dan akan mengeluarkan album lagi.Mereka masih satu kumpulan.Bak kata Kim Hyun Joong, as their leader, 

"SS501 will never break.SS501 will be together forever.If you are a true and pure SS501 fan, you will believe SS501.Not the untrue rumours"

Haa...tu dia..huhu..

Baiklah...ini sudah jauh malam ni.Sudah penat menaip.Sambung lagi nanti.Tunggu!

Saturday, December 11, 2010

Korea dan hantunya

Jangan ditanya aku kenape ramai orang minat Korea segala bagai. Jangan disoal aku kalau ade yang cume menonton drama dan filem-filem Korea tapi bile ditanya tentang band-band Korea yang popular tu, habuk pun depa tak kenai (ni awat cakap Kedah ni?) Kalau ditanya aku, aku pun tak tahu mana satu nak jawap sebab biasanya si penyoal-penyoal tegar ni tanya bebanyak soalan sekaligus sampai tak menyempat nak fikirkan jawapan yang bernas ibarat memilih barang yang bernas di pasaran sekarang ni bagi mengelakkan pembaziran berlaku dalam kalangan kita semua.Heh.


Banyak soalan yang ditanya oleh bakal wartawan ni, yang mulutnya macam buaya, menunggu masa je nak 'ngap' kita dengan jawapan kita sendiri.Haha, tu pun kalau kita tak boleh jawap lah. Dan untuk menyenangkan korang-korang semua yang bakal menjadi wartawan nanti supaya tak perlu bertanya banyak-banyak kali kepada kami semua peminat tegar Korea, aku dah sediakan jawapan awal-awal, lagi awal sebelum sempat korang semua bukak mulot pun! (amaran : please seal your mouth when reading those crapanswers!)


1. Korang ni, minat Korea sebab muka dorang yang hensem dan kiut-miut tu ataupun sebab bakat yang diorang ada?


Haha...ni soalan feveret wartawan melodi persendirian aku! Sebenarnya, sebab kedua-duanya pun betul! haha..lagipun engkau sendiri pun dah mengaku dan meletakkan label kepada mereka sebagai manusia yang hensem dan kiut-miut tu.Tapi, minat kita mestilah lebih lagi kalau diorang ada BAKAT. Kalau harapkan muke je, bakat cam hampeh, lawan dengan mamat-mamat yang duk melalak tepi jalan raya tu, diorang yang menang, baik tak payah minat. So, artis-artis Korea ni memang cukup package lah. Ada bakat, rupa..bonus lah tu kan! No doubt, memanglah biasanya, budak-budak perempuan akan minat artis laki, begitu juga sebaliknya.Lumrah lah tu kan? huhu..lagipun, diorang ni stylo abis! Lagu diorang best.Paling penting lagu diorang BEBAS ILLUMINATI (berdasarkan kajian yang telah aku lakukan) dan lagi, lagu diorang lebih meletakkan jiwa, hati dan perasaan semua sekaligus lah ke dalam lagu.Pulak tu, cerita-cerita diorang pun best, bermakna.

2. Eleh, muka diorang tu cantik sebab diorang semua tu pergi nip/tuck..perfect nak mati je!


Yang ni, memang lah tak boleh nak jawap dengan tepat setepat tepatnya.Sebabnya? Kita tak tahu sama ada mereka tu buat ke tak pembedahan plastik ni. Memanglah almost dan kebanyakannya buat, tapi, tak mustahil kan kalau ada yang guna mekap je. Dan kalau diorang buat pun, untuk peminat gak kan.Haha.

3. Mana satu lagi best, muzik diorang ke, ataupun cerita-cerita diorang?


Bagi aku, dua-dua pun best.Dua-dua pun boleh layan.Kalau tengok cerita je, lagu-lagu tak dengar, macam tak lengkap dan tak sesuai pulak nak gelar kamu semua tu peminat Korea. Entah-entah cakap je minat band itu, ini segala macam, tapi bila ditanya ahli mana yang korang minat, terus garu kepala, aii..tak tahu ke? Tak pun, list kan segala mcam drama and movie yang dah tengok, bila tanya nama watak utama apa? Pun tak tahu..aii..tengok ke tak ni? huhu. Jadi, kalau dah minat tu, minat lah betul-betul.Ambik tahu apa yang ada.Okeyh.

Dan...banyak lagi yang penah ditanya.Kepala otak ni tak dapat nak recall-recall walaupun dah beberapa kali diperah.Jus tak mahu keluar, jadi kena abiskan soalan kat situ jelah.Sebelum aku habiskan, aku nak syorkan kat korang benda-benda yang best dalam Korea nie..

SS501 - band kegemaran aku..dan.dan. jangan salah faham, diorang tak berpecah lagi.Masih satu kumpulan, nantikan album diorang awal thn 2011 ni!
(Dari kiri Park Jung Min, Kim Hyung Jun, Kim Hyun Joong<3, Heo Young Saeng dan Kim Kyu Jong)

 CN Blue! Yeah...dorang pun best jugak.Aku ambik masa separuh hari je nak kenal diorang semua! Yay! CN Blue ni dikatakan Indie band..lagu dorang relaks je..
(Dari kiri: Jung Shin, Jong Hyun, Yong Hwa dan Min Hyuk)

Jang Geun Suk.Ramai kot yang kenal dia ni, kalau korang memang banyak tengok cerita yang dia berlakon, tahun ni, yang aku perasan ada dua drama yang hot dia berlakon You're Beautiful dan yang sedang giat ditayangkan dekat Korea sekarang, Mary Stayed Out All Night.

 Yeah...'abang' Lee Min Hoo ku! Sangat suka gambar ni sebab dia tengah pegang DSLR!

Jangan ambik! Ni sugar daddy aku ni. KIM HYUN JOONG! oppa.. saranghae! ngahaha

Aish! Tak suke la!

Arrgh...tetibe rase benci gila dekat blog yang ntah ape-ape nie, yang burok gile, yang entrynye ntah ape-ape..asyik membebel je, yang followers dia tak pernah bertambah-tambah, yang layouts dia tak pernah cantik, yang dibuat pelbagai cara pun tetap tak menarik.Bencinya, rasa macam nak stop je membebel sorang-sorang dalam blog ni! HAAA! Nak mencarut kat sini pun tak boleh.Buat macam ni je lah !@#$%^&*()_.Alamak..tetap tak puas hati! Arggh..tak suka gile blog aku macam ni.Rasa macam nak terus delete blog ni dan tak tulis-tulis blog sampai bile-bile dah! Done!

Dahlah tu, entry blog aku ni, membosankan! Ye! Ye! aku tahu..sebab tu takde pun yang nak follow. Entry tak penting..mengarut-mengarut. Entry macam iklan basuh baju rendam dalam air letak sabun kotoran pun hilang yang sangat klise dan selalu ditonton dalam televisyen. Manusia-manusia nak baca pun jadi tak selera nak bace post yang entah hapa-hapa.

Tiba-tiba rasa macam nak lupakan terus dunia penulisan! Haih..tapi mane boleh, hidup aku tu! Kalau aku dah tak menulis lagi, ape nak buat? Aish... tapikan, nanti dah besar, dah kerja, jadi doctor sempat lagi ke nak post-post entry dalam blog? Bukan Miss doctor akan selalu sibuk? Tak kot? Boleh lagi.

(Ish...apelah aku membebel sorang-sorang ni.Ada hati nak stop tulis blog konon.In your dream lah.Dream.Dream.
Dan satu lagi, Al-Fatihah untuk Cikgu Hasnah Mat Junoh (cikgu KH dekat PT dlu) yang telah pergi menaymabut panggilan Illahi siang tadi.Sedihnya :( )

Lagu Baru VS Lagu Lama :)

"Ratapan naluri, memanggilkan namamu..lalala~"
Sedang aku asyik melayari laman web Internet yang telah mengambil masa-masa emasku di kafe siber ayahku, ade seorang customer yang memasang lagu-lagu jiwang leleh zaman 70,80 and 90an kot..aku pun tak pasti..sebab aku pun lahir awal tahun 1994, jadi, tahun yang aku bebetul hidup dengan sudah mempunyai akal untuk meminati dan mendengar lagu-lagu adalah sekitar tahun 2000 something.Kiri kanan sedang giat memutarkan lagu-lagu tersebut sekarang..aku cuma boleh dengar, yelah..nak suruh aku minat, haramlah.Mana aku nak minat lagu-lagu macam tu.HUHU.

Oh..entry ni bukan nak menghina lagu-lagu tersebut ekk.Aku cuma nak tuliskan perbezaan lagu-lagu dulu dengan lagu-lagu sekarang.Apa yang aku dengar, tak banyak beza pun.Iyalah, kebanyakan lagu, dari zaman dulu, hinggalah ke zaman sekarang, tema yang paling banyak ialah CINTA tak gitu?


Gambar ni pun aku grab dekat Photobucket je pun.Itulah, sebenarnya, aku pun tertanya-tanya, kenape hampir semua lagu, berkisarkan cinta.cinta dan cinta? Lagu jatuh cinta lah, lagu tengah bercinta lah, lagu puji kekasih dia cantik lah, last-last bila dah putus cinta, layan pulak lagu-lagu yang putus cinta. dan aku dengan bijak dan pandainya seperti selalu menjawab..haha..sebenarnya masalah cinta ni tak pernah selesai, tak kiralah zaman hippies ke, hip-hop ke, zaman pop ke, zaman jiwang leleh ke. Manusia tetap menghadapi masalah cinta yang sama. Jadi, untuk menggambarkan masalah cinta yang tak pernah-pernah selesai tu, manusia pun ciptalah lagu-lagu yang berkisarkan tentang cinta. Dengan mengikut arus zaman, lagu-lagu cinta ni takkan pernah hilang, Hu~

Bezanya, lagu-lagu zaman sekarang lebih kurang berperasaan dan liriknya kurang berbunga-bunga berbanding dulu-dulu. Jadi, pendengar senang faham. Dan lagi, lagu-lagu zaman dulu bila didengar, penyanyinya akan sebut sebijik sejebon apa yang lirik tulis. Sebab tu lah senang nak nyanyi, main gitar semua tu. Kalau lagu sekarang, takde dah main sebut sebijik-sebijik. Kadang-kadang, bila dengar lagu kita dengar dia sebut lain, tapi bila tengok lirik, lain pulak.Aik? Apa kejadahnya perkataan kat sini sebenarnya? (tanya kita sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal ala-ala monyet tengah gatal-gatal akibat kutu)

Tapi, apa-apapun semuanya bergantung pada diri kita jugak kan lagu macam mana yang kita nak dengar, kan? Memberi faedah atau tak, lagu-lagu ni tetap membantu aku kalau-kalau aku tengah marah ke, sedih ke, bosan ke.On je lagu, aku boleh relaks sikit.Sikit jelah..haha. Tapi, seriously, aku tak delah layan lagu-lagu lama tu. Bukan apa, aku takut, makin sakit jiwa aku jadinya, muzik bukan main rock, tapi liriknya, adoyai...boleh nangis aku dibuatnya.

Saturday, December 4, 2010

Ape yang perlu....

Dah beberapa hari aku tak mengupdate blog.Almaklumlah, tengah sibuk bertusyen, jadi tak sempat-sempat nak online pun.Hinggakan notifications dekat Facebook berlambak-lambak, tak penting pun sebenarnya, membuatkan aku malas nak cek semua notifications-notifications tersebut.Hehe.Oh ye, tengah-tengah musim hujan sekarang ni, mesti korang semua rasa sangat malas untuk membuat apa-apa kan.Samalah macam aku! Kadang-kadang rasa malas je nak bangun dari katil, nak berselubung je dalam selimut, tidur puas-puas macam binatang-binatang yang sedang berhibernasi pada musim sejuk nun jauh di Eropah sane tu..best kowt.Hehe

Oklah.Baru-baru ni, aku ada baca beberapa artikel berkenaan macam mana nak popular kan blog kita.Huhu..yelah, blog aku tak popular pun, jadi, aku kenalah belajar, ambil sedikit-sedikit tips2 dari blogger yang berjaya untuk menulis blog yang menarik.Huhu.Okay.Okay.Aku mengaku, memang aku jarang update blog dan aku jugak jarang berbicara tentang topik yang menarik.Hehe.Idea kering.Lagipun, aku bukanlah jenis blogger yang suka tulis-tulis ala-ala gedik tu.Boring, tu bukanlah diri aku yang sebenarnya.Tapi, bagi aku, tak ramai followers pun tak apa, asalkan aku bebas mengeluarkan buah fikiran aku :)

Dan.Dan lagi...aku perlu memperbanyakkan gambar dalam post aku.Betul tak? Barulah pembacaan tak hambar.Hehe

Wednesday, December 1, 2010

SIfat tulisan tangan

1: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

2: Tulisan Tajam/Leper- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

3: Tegak- Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

4: Jarang-jarang- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

5: Huruf JGYZ yang tidak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Monday, November 22, 2010

Saya tahu...

"Kalau saya kata saya suka awak, macam mana?" si lelaki bertanya
"Awak sanggup tunggu sampai saya habis belajar?" si perempuan membalas
"Lagi 7 tahun je kan? Saya sanggup" lelaki senyum
"Saya nak kerja dulu" perempuan melihat ke arah lelaki
"Saya faham tapi saya sanggup dan saya akan tunggu awak.Jangan risau"


Bayangkan waktu ni perempuan ni umur dia 17 dan lelaki tu 23.


Pft..betul ke ada istilah, "Takpe saya sanggup tunggu awak".Sanggup ke nak tunggu orang lama-lama, pastu end up, tak dapat pun apa yang ditunggu.Memang ada yang sanggup tunggu, bukan setakat 7 tahun je, malah berpuluh-puluh tahun.Tapi, pada pandangan akulah, tak perlulah tunggu lama-lama, berserah pada Allah, kalau rasa dia dalah yang sebenar-benarnya.Kalau ada jodoh, insyaallah, tak ke mana, kalau tak ada, redha ajelah.Mungkin Allah dah tetapkan yang lebih baik buat kita sejak di Loh Mahfuz lagi, kita je yang tak nampak.Kadang-kadang, jodoh kita sebenarnya dah ada terpampang kat depan mata kita tak perasan, sebab sibuk sangat pandang ke arah lain.

Kadang-kadang kita ego, hati kat nak, bibir kata tak nak, bila dah melepas baru nak menyesal.Apa guna? Kalau dah suka sama suka tu, mintalah restu mak ayah dulu.Ni tak, main sorok-sorok, tak berkat.Kalau mak ayah marah(maklumlah diri tak cukup umur lagi), maknanya diorang susah hati, bukan tak bagi berkasih-sayang, tapi bukan masanya lagi.Cakaplah elok-elok, maaf mak dengan ayah saya marah.Kita kawan je ekk kalau ada jodoh, adalah, kalau takde, kita redha.

Bak kata orang, jodoh di tangan tuhan.

Ish..ape aku membebel malam-malam buta ni?

Rokok oh Rokok!

Rokok?? Kenapa topik hari ni pasal rokok pulak ni? Adoyai..sebab aku sekarang ni sedang galak menghidu asap rokok yang dihembus penghisap-penghisap rakus rokok.Sudah pening kepala penangan asap rokok yang berbau kuat dan busuk, hinggakan baju aku pun sudah berbau asap rokok.Aku pun tak faham sebenarnya, apa yang best sangat menghisap rokok hinggakan aku tengok sampai tertutup-tutup ataupun terjojol-jojol(yang ini jarang tapi selalu juga nampak) biji mata menghisap rokok tersebut.

Best ataupun nak bunuh diri?


Benda ni selalu menjadi persoalan dalam benak aku yang seringkali suka bertanyakan soalan ini.Pada pendapat akulah, rokok ni bukan sekadar medium dan alternatif bagi penghisap-penghisapnya untuk mengucapkan "selamat tinggal dunia" dengan cepat malah juga sebagai tempat untuk membazir dan membakar wang dalam erti kata lain, "Goodbye, money,hello diseases". Mungkin dah ramai manusia-manusia dan makhluk-makhluk di luar sana yang berfikiran seperti aku, dan mungkin sudah puas menasihati dan mengeluh sendirian terhadap perokok-perokok ini.Nak buat macam mana, manusia sekarang degilnya berganda-ganda berbanding manusia dahulukala.

Kata perokok-perokok, "Ape kau kisah pasal aku, ni body aku, duit aku.Aku punya pasallah apa aku nak buat" Oh...aku sudah lali mendengar malah menghafal ucapan-ucapan klise yang lahir dari bibir manusia-manusia sebegini. Yelah, aku faham..duit korang, body korang..tapi korang tahu tak pada masa yang sama korang juga membahayakan manusia-manusia yang berada di sekeliling korang! Aku tak nak mati cepat penangan benda yang tak pernah aku buat.Kalau nak mati cepat pergi sorang-sorang lah, hisap sepuas-puasnya di tempat-tempat yang tiada orang hatta toilet ataupun rumah yang didiami seorang diri! (err...jangan kat toilet awam pulak yek..tu lagilah membahayakan kesihatan)

Dah tu, bila dah hisap main campak je puntung rokok merata-rata, satu lagi pencemaran yang kau lakukan! Tadi pencemaran udara, ni buang sampah(puntung rokok merata-rata).Boleh sakit mata dan sakit jiwa dibuatnya!

Dan..ada juga makhluk yang tak faham-faham arahan macam ni.Papan tanda dah terang-terang tulis "Dilarang merokok" takkan tak reti-reti lagi! Hai..kalau tak reti membaca sekalipun, gambar pun ada disediakan besar lagi tanda pangkah pada rokok tu.Janganlah merokok di tempat-tempat larangan, ini tak, relaks je.Kalau orang sound mulalah buat muka cemberut, padahal diri sendiri yang salah.

Banyak bahayanya rokok ni.Kalau aku nak listkan kat sini pun tak cukup.Lagipun, perokok-perokok kat luar sana tu dah tentu sedia maklum.Masakan tidak, berton-ton iklan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia mengenai bahaya merokok tapi mereka bukan nak ambil perhatian pun.Sampaikan dekat kotak rokok pun mereka tampalkan gambar-gambar menakutkan kesan rokok tapi mereka masih tetap sama.Salah siapa sekarang? Jangan salahkan ibu mengandung ekk.Salah siapa si perokok-perokok ini tak sedar-sedar.Pada siapa lagi jari ini mahu dituding kalau dah berbakul-bakul nasihat diberi pun mereka masih giat merokok, pada siapa.Tentulah pada mereka sendiri!

Siapa-siapa yang terasa bace post aku ni, maaflah ye(memang aku nak buat korang terasa pun kalau tak terasa buat apa tulis!) Aku pun dah penat membebel ni.Siapa-siapa yang masih nak bunuh diri sendiri tu, diharapkan anda cepat-cepat diberi hidayah oleh-Nya.

Sekian :)

Sunday, November 21, 2010

Playful Kiss special edition

Akhirnya...aku dah jumpa website untuk menonton Playful Kiss edisi spesial.Hehe...berkat kesungguhan cari nieyh...penat kot aku cari.Asyik-asyik yang keluar website bahasa Korea..manalah aku nak faham.Adoiiii...

Sape-sape yang nak tumpang tonton meh aku bagi alamat laman web:

http://immisschievous.wordpress.com/youtube-edition/

have fun!

Ayat-ayat yang sering membuatkan WANITA terpedaya dengan tipu-helah seorang LELAKI

Tanda2 Lelaki Yang Tidak Baik:

Bila laki tu cakap,
 “Awk...walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sya tak penah ada org lain...
hanya awk sorang sj...”

Then girl tu tntu jawab, “awk tak borink, ek??”

Laki tu tntu balas,

“saya tak penah borink ngn awk...awk cute...dr dulu smpai skrg..”.

Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pown..sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha.....

  • Then, laki tu ckp,
“Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa..tak pnas. (bju yg mmudahkan proses mngintai)”

Dlm hati girl tuh, “wokey....ni akn jd bju favourite akuh, ni..”.

Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu...sj je...sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata...dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa..imagine jew sndiri..




  • Bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu..
dgn slamba, “kita kan kwn....”.

Pd hal....dlm hati... “wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.

Come on la girl...prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini???




  • Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..”its ok... I always waiting for you. Hope still dpt jd bestfrend awk..”
Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan.....????

Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.

  • ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni...
“wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.

Girl tu ckp... ”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”

Dgn pnuh gntleman... ”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”

girl tu mmg terharu n dlm hati, "so sweet....really understanding..".

Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki...
sj jew...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak u** la ktakan...hah,hah,hah...”

Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp,
“tak smua laki cam tu, kowt...”.
Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???


Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...

Rasulullah pernah berpesan, 
“wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.

Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..

Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui... 

Girls...cuba fikir balik...apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki...

Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu, 
ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana.....




“Lelaki...pikir2 ar skit bro...kalau kamu nak bwak anak dara org n wat dia cam bini kamu, kahwin ngn dia...ko angkut dia kesana kemari... esok dia tu jadik bini aku...walaupun aku tak jangka n ikutkan tak nak pown, tapi dah itu takdir aku! aku tak nak hampas beb. Sape nk bekas ko??walaupun ko tak pnah sntuh dia!”...

Ok....alright..alright.....smua llaki akn ckp cam tu..for sure..kalo kita dah tahu n nmpak sorg mamat nih ber'romantic' dgn girl yg akn jd istri kita... Mmandangkan kita tak tahu siapa yg akn jd isteri kita, so...jgn buat mcm tu kt ank org...fikir2 ar sndiri... Kita ni Islam....Nak ke...kna cam tuh?  B4 kahwin...ada jantan mna2 ntah bwa isteri kita ngn pnuh drama mcm bju dia??


Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..

Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pertunangn n pernikahan...


Jgn skali2 anggap, 
“k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2  jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”.
Ssungguhnya jodoh pertmuan i2 di tangn Allah...
Once andai anda dpt suami yg baik....menyesal pun tak guna...yg pasti...anda cuma akn rsa kesal dan bersalah seumur hdup....Pasti tak ada seorg pn manusia rela hdup dgn rasa ksal..


Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...

Girls.....jdlah mutiara asli...sgt sukar ditemui..apatah lagi ditatapi....Wallahua'lam..

PESANAN DARI ADMIN: MEREKA YG SEDANG ASYIK BERCINTA DAN BERCOUPLE BERDUA-DUAAN...SEELOKNYA BACA ARTIKEL INI SEMOGA DIRI ANDA TIDAK MUDAH TERPEDAYA DAN AKHIRNYA MENJADI REBAH DIPANAH CINTA YG TIDAK DIIKTIRAF DLM ISLAM...SEORANG WANITA YG SOLEHAH TIDAK AKAN MUDAH TERPAUT DAN TERTARIK DENGAN AJAKAN SERTA PUJUKAN CINTA DR SEORANG LELAKI YG BUKAN MUHRIM UTK DIJADIKAN COUPLE...

Diambil dari artikel Facebook