Saturday, December 11, 2010

Korea dan hantunya

Jangan ditanya aku kenape ramai orang minat Korea segala bagai. Jangan disoal aku kalau ade yang cume menonton drama dan filem-filem Korea tapi bile ditanya tentang band-band Korea yang popular tu, habuk pun depa tak kenai (ni awat cakap Kedah ni?) Kalau ditanya aku, aku pun tak tahu mana satu nak jawap sebab biasanya si penyoal-penyoal tegar ni tanya bebanyak soalan sekaligus sampai tak menyempat nak fikirkan jawapan yang bernas ibarat memilih barang yang bernas di pasaran sekarang ni bagi mengelakkan pembaziran berlaku dalam kalangan kita semua.Heh.


Banyak soalan yang ditanya oleh bakal wartawan ni, yang mulutnya macam buaya, menunggu masa je nak 'ngap' kita dengan jawapan kita sendiri.Haha, tu pun kalau kita tak boleh jawap lah. Dan untuk menyenangkan korang-korang semua yang bakal menjadi wartawan nanti supaya tak perlu bertanya banyak-banyak kali kepada kami semua peminat tegar Korea, aku dah sediakan jawapan awal-awal, lagi awal sebelum sempat korang semua bukak mulot pun! (amaran : please seal your mouth when reading those crapanswers!)


1. Korang ni, minat Korea sebab muka dorang yang hensem dan kiut-miut tu ataupun sebab bakat yang diorang ada?


Haha...ni soalan feveret wartawan melodi persendirian aku! Sebenarnya, sebab kedua-duanya pun betul! haha..lagipun engkau sendiri pun dah mengaku dan meletakkan label kepada mereka sebagai manusia yang hensem dan kiut-miut tu.Tapi, minat kita mestilah lebih lagi kalau diorang ada BAKAT. Kalau harapkan muke je, bakat cam hampeh, lawan dengan mamat-mamat yang duk melalak tepi jalan raya tu, diorang yang menang, baik tak payah minat. So, artis-artis Korea ni memang cukup package lah. Ada bakat, rupa..bonus lah tu kan! No doubt, memanglah biasanya, budak-budak perempuan akan minat artis laki, begitu juga sebaliknya.Lumrah lah tu kan? huhu..lagipun, diorang ni stylo abis! Lagu diorang best.Paling penting lagu diorang BEBAS ILLUMINATI (berdasarkan kajian yang telah aku lakukan) dan lagi, lagu diorang lebih meletakkan jiwa, hati dan perasaan semua sekaligus lah ke dalam lagu.Pulak tu, cerita-cerita diorang pun best, bermakna.

2. Eleh, muka diorang tu cantik sebab diorang semua tu pergi nip/tuck..perfect nak mati je!


Yang ni, memang lah tak boleh nak jawap dengan tepat setepat tepatnya.Sebabnya? Kita tak tahu sama ada mereka tu buat ke tak pembedahan plastik ni. Memanglah almost dan kebanyakannya buat, tapi, tak mustahil kan kalau ada yang guna mekap je. Dan kalau diorang buat pun, untuk peminat gak kan.Haha.

3. Mana satu lagi best, muzik diorang ke, ataupun cerita-cerita diorang?


Bagi aku, dua-dua pun best.Dua-dua pun boleh layan.Kalau tengok cerita je, lagu-lagu tak dengar, macam tak lengkap dan tak sesuai pulak nak gelar kamu semua tu peminat Korea. Entah-entah cakap je minat band itu, ini segala macam, tapi bila ditanya ahli mana yang korang minat, terus garu kepala, aii..tak tahu ke? Tak pun, list kan segala mcam drama and movie yang dah tengok, bila tanya nama watak utama apa? Pun tak tahu..aii..tengok ke tak ni? huhu. Jadi, kalau dah minat tu, minat lah betul-betul.Ambik tahu apa yang ada.Okeyh.

Dan...banyak lagi yang penah ditanya.Kepala otak ni tak dapat nak recall-recall walaupun dah beberapa kali diperah.Jus tak mahu keluar, jadi kena abiskan soalan kat situ jelah.Sebelum aku habiskan, aku nak syorkan kat korang benda-benda yang best dalam Korea nie..

SS501 - band kegemaran aku..dan.dan. jangan salah faham, diorang tak berpecah lagi.Masih satu kumpulan, nantikan album diorang awal thn 2011 ni!
(Dari kiri Park Jung Min, Kim Hyung Jun, Kim Hyun Joong<3, Heo Young Saeng dan Kim Kyu Jong)

 CN Blue! Yeah...dorang pun best jugak.Aku ambik masa separuh hari je nak kenal diorang semua! Yay! CN Blue ni dikatakan Indie band..lagu dorang relaks je..
(Dari kiri: Jung Shin, Jong Hyun, Yong Hwa dan Min Hyuk)

Jang Geun Suk.Ramai kot yang kenal dia ni, kalau korang memang banyak tengok cerita yang dia berlakon, tahun ni, yang aku perasan ada dua drama yang hot dia berlakon You're Beautiful dan yang sedang giat ditayangkan dekat Korea sekarang, Mary Stayed Out All Night.

 Yeah...'abang' Lee Min Hoo ku! Sangat suka gambar ni sebab dia tengah pegang DSLR!

Jangan ambik! Ni sugar daddy aku ni. KIM HYUN JOONG! oppa.. saranghae! ngahaha

No comments: