Arrgh...tetibe rase benci gila dekat blog yang ntah ape-ape nie, yang burok gile, yang entrynye ntah ape-ape..asyik membebel je, yang followers dia tak pernah bertambah-tambah, yang layouts dia tak pernah cantik, yang dibuat pelbagai cara pun tetap tak menarik.Bencinya, rasa macam nak stop je membebel sorang-sorang dalam blog ni! HAAA! Nak mencarut kat sini pun tak boleh.Buat macam ni je lah !@#$%^&*()_.Alamak..tetap tak puas hati! Arggh..tak suka gile blog aku macam ni.Rasa macam nak terus delete blog ni dan tak tulis-tulis blog sampai bile-bile dah! Done!
Dahlah tu, entry blog aku ni, membosankan! Ye! Ye! aku tahu..sebab tu takde pun yang nak follow. Entry tak penting..mengarut-mengarut. Entry macam iklan basuh baju rendam dalam air letak sabun kotoran pun hilang yang sangat klise dan selalu ditonton dalam televisyen. Manusia-manusia nak baca pun jadi tak selera nak bace post yang entah hapa-hapa.
Tiba-tiba rasa macam nak lupakan terus dunia penulisan! Haih..tapi mane boleh, hidup aku tu! Kalau aku dah tak menulis lagi, ape nak buat? Aish... tapikan, nanti dah besar, dah kerja, jadi doctor sempat lagi ke nak post-post entry dalam blog? Bukan Miss doctor akan selalu sibuk? Tak kot? Boleh lagi.
(Ish...apelah aku membebel sorang-sorang ni.Ada hati nak stop tulis blog konon.In your dream lah.Dream.Dream.
Dan satu lagi, Al-Fatihah untuk Cikgu Hasnah Mat Junoh (cikgu KH dekat PT dlu) yang telah pergi menaymabut panggilan Illahi siang tadi.Sedihnya :( )
No comments:
Post a Comment