Sedang aku asyik melayari laman web Internet yang telah mengambil masa-masa emasku di kafe siber ayahku, ade seorang customer yang memasang lagu-lagu jiwang leleh zaman 70,80 and 90an kot..aku pun tak pasti..sebab aku pun lahir awal tahun 1994, jadi, tahun yang aku bebetul hidup dengan sudah mempunyai akal untuk meminati dan mendengar lagu-lagu adalah sekitar tahun 2000 something.Kiri kanan sedang giat memutarkan lagu-lagu tersebut sekarang..aku cuma boleh dengar, yelah..nak suruh aku minat, haramlah.Mana aku nak minat lagu-lagu macam tu.HUHU.
Oh..entry ni bukan nak menghina lagu-lagu tersebut ekk.Aku cuma nak tuliskan perbezaan lagu-lagu dulu dengan lagu-lagu sekarang.Apa yang aku dengar, tak banyak beza pun.Iyalah, kebanyakan lagu, dari zaman dulu, hinggalah ke zaman sekarang, tema yang paling banyak ialah CINTA tak gitu?
Gambar ni pun aku grab dekat Photobucket je pun.Itulah, sebenarnya, aku pun tertanya-tanya, kenape hampir semua lagu, berkisarkan cinta.cinta dan cinta? Lagu jatuh cinta lah, lagu tengah bercinta lah, lagu puji kekasih dia cantik lah, last-last bila dah putus cinta, layan pulak lagu-lagu yang putus cinta. dan aku dengan bijak dan pandainya seperti selalu menjawab..haha..sebenarnya masalah cinta ni tak pernah selesai, tak kiralah zaman hippies ke, hip-hop ke, zaman pop ke, zaman jiwang leleh ke. Manusia tetap menghadapi masalah cinta yang sama. Jadi, untuk menggambarkan masalah cinta yang tak pernah-pernah selesai tu, manusia pun ciptalah lagu-lagu yang berkisarkan tentang cinta. Dengan mengikut arus zaman, lagu-lagu cinta ni takkan pernah hilang, Hu~
Bezanya, lagu-lagu zaman sekarang lebih kurang berperasaan dan liriknya kurang berbunga-bunga berbanding dulu-dulu. Jadi, pendengar senang faham. Dan lagi, lagu-lagu zaman dulu bila didengar, penyanyinya akan sebut sebijik sejebon apa yang lirik tulis. Sebab tu lah senang nak nyanyi, main gitar semua tu. Kalau lagu sekarang, takde dah main sebut sebijik-sebijik. Kadang-kadang, bila dengar lagu kita dengar dia sebut lain, tapi bila tengok lirik, lain pulak.Aik? Apa kejadahnya perkataan kat sini sebenarnya? (tanya kita sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal ala-ala monyet tengah gatal-gatal akibat kutu)
Tapi, apa-apapun semuanya bergantung pada diri kita jugak kan lagu macam mana yang kita nak dengar, kan? Memberi faedah atau tak, lagu-lagu ni tetap membantu aku kalau-kalau aku tengah marah ke, sedih ke, bosan ke.On je lagu, aku boleh relaks sikit.Sikit jelah..haha. Tapi, seriously, aku tak delah layan lagu-lagu lama tu. Bukan apa, aku takut, makin sakit jiwa aku jadinya, muzik bukan main rock, tapi liriknya, adoyai...boleh nangis aku dibuatnya.
No comments:
Post a Comment