Monday, November 22, 2010

Rokok oh Rokok!

Rokok?? Kenapa topik hari ni pasal rokok pulak ni? Adoyai..sebab aku sekarang ni sedang galak menghidu asap rokok yang dihembus penghisap-penghisap rakus rokok.Sudah pening kepala penangan asap rokok yang berbau kuat dan busuk, hinggakan baju aku pun sudah berbau asap rokok.Aku pun tak faham sebenarnya, apa yang best sangat menghisap rokok hinggakan aku tengok sampai tertutup-tutup ataupun terjojol-jojol(yang ini jarang tapi selalu juga nampak) biji mata menghisap rokok tersebut.

Best ataupun nak bunuh diri?


Benda ni selalu menjadi persoalan dalam benak aku yang seringkali suka bertanyakan soalan ini.Pada pendapat akulah, rokok ni bukan sekadar medium dan alternatif bagi penghisap-penghisapnya untuk mengucapkan "selamat tinggal dunia" dengan cepat malah juga sebagai tempat untuk membazir dan membakar wang dalam erti kata lain, "Goodbye, money,hello diseases". Mungkin dah ramai manusia-manusia dan makhluk-makhluk di luar sana yang berfikiran seperti aku, dan mungkin sudah puas menasihati dan mengeluh sendirian terhadap perokok-perokok ini.Nak buat macam mana, manusia sekarang degilnya berganda-ganda berbanding manusia dahulukala.

Kata perokok-perokok, "Ape kau kisah pasal aku, ni body aku, duit aku.Aku punya pasallah apa aku nak buat" Oh...aku sudah lali mendengar malah menghafal ucapan-ucapan klise yang lahir dari bibir manusia-manusia sebegini. Yelah, aku faham..duit korang, body korang..tapi korang tahu tak pada masa yang sama korang juga membahayakan manusia-manusia yang berada di sekeliling korang! Aku tak nak mati cepat penangan benda yang tak pernah aku buat.Kalau nak mati cepat pergi sorang-sorang lah, hisap sepuas-puasnya di tempat-tempat yang tiada orang hatta toilet ataupun rumah yang didiami seorang diri! (err...jangan kat toilet awam pulak yek..tu lagilah membahayakan kesihatan)

Dah tu, bila dah hisap main campak je puntung rokok merata-rata, satu lagi pencemaran yang kau lakukan! Tadi pencemaran udara, ni buang sampah(puntung rokok merata-rata).Boleh sakit mata dan sakit jiwa dibuatnya!

Dan..ada juga makhluk yang tak faham-faham arahan macam ni.Papan tanda dah terang-terang tulis "Dilarang merokok" takkan tak reti-reti lagi! Hai..kalau tak reti membaca sekalipun, gambar pun ada disediakan besar lagi tanda pangkah pada rokok tu.Janganlah merokok di tempat-tempat larangan, ini tak, relaks je.Kalau orang sound mulalah buat muka cemberut, padahal diri sendiri yang salah.

Banyak bahayanya rokok ni.Kalau aku nak listkan kat sini pun tak cukup.Lagipun, perokok-perokok kat luar sana tu dah tentu sedia maklum.Masakan tidak, berton-ton iklan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia mengenai bahaya merokok tapi mereka bukan nak ambil perhatian pun.Sampaikan dekat kotak rokok pun mereka tampalkan gambar-gambar menakutkan kesan rokok tapi mereka masih tetap sama.Salah siapa sekarang? Jangan salahkan ibu mengandung ekk.Salah siapa si perokok-perokok ini tak sedar-sedar.Pada siapa lagi jari ini mahu dituding kalau dah berbakul-bakul nasihat diberi pun mereka masih giat merokok, pada siapa.Tentulah pada mereka sendiri!

Siapa-siapa yang terasa bace post aku ni, maaflah ye(memang aku nak buat korang terasa pun kalau tak terasa buat apa tulis!) Aku pun dah penat membebel ni.Siapa-siapa yang masih nak bunuh diri sendiri tu, diharapkan anda cepat-cepat diberi hidayah oleh-Nya.

Sekian :)

No comments: