Hati dan jari ini tak pernah reti berhenti untuk menulis, kan? Dah menjadi tabiat aku, menulis apa sahaja yang terlintas di dalam hati dan kepale otak yang tak pernah mahu berhenti(Yelah...kalau berhenti otak ni, maknanye ape?) Biasanye, aku tiada topik pun yang aku ingin cakapkan, dan apabila benda tu terjadi, aku akn biarkan bhagian tajuk di atas tu terbiar kosong dan menulis, menulis dan terus menulis.Sampai satu saat, aku terlupa utk meletakkan tajuk, terus klik post, bila dah sedar, barulah manusia ini terhegeh-hegeh mahu edit post itu.Hehe :). Itulah aku.dan sekarang, aku sedang giat membiarkan kotak tajuk itu kosong, lepas ini mesti ingat untuk mengisinye, ekk.
Hmmm...mari aku cerita sejak bile aku suka menulis dan aku selalu tulis ape.Dulunya, seingat aku mase aku darjah 3 atau darjah 4 (enthlah...memori ini tak mahu kembali)..Aku sangat suka menyimpan coretan-coretan diari apa yang berlaku sehari-hari dlm hidup dan tabiat itu masih aku amalkan sampai sekarang.Kadang-kadang aku terasa kelakar membaca coretan aku waktu zaman kank-kank, zaman jahiliah, kataku.Kebanyakannya tak penting dan jika masa dpt diundur kembali, tak akn ku tulis coretan semacam itu.Detail-sedetailnya.Tapi, sekarang, aku kecewa dengan diri aku.Kenapa? Sebb aku dh kurang menulis diari.Mungkin sebb terhimpit..susah nak cari masa.Jadi, kebanyakan isi coretan itu terimpan dalam hati, dan lama-lama dilupekan kerana terperap terlalu lame.Hinggakan boleh dibuat pekasam :)
Kemudian sewaktu tingkatan dua, aku mula minat menulis cerita dan yang jadi mangsa utk membaca,mengkomen dan mengkritik adalah rakan-rakan sewaktu sekolah menengah rendah lah.Terima kasih.Semuanya bermula dalam sebuah buku catatan tdk berguna.Kemudian diupgrade ke buku kulit tebal saiz kecil, kemudian diupgrade lagi ke buku kulit tebal yang saiz besar pulak.Hampir dua tahun aku menulis cerita tu, dan diberi baca kepada kwn2..tapi, aku kecewa juga, tak mampu nak habiskan..semangat hilang bersama kwn-kwn yg pergi.Ada sikit lagi yang perlu dihabiskan.Semangat.Oh semangat dtglh kembali (nada menyeru)
Sekarang? Aku masih giat menulis.Tulis cerpen,tulis blog, tulis.tulis dan tulis.Itu hidup aku.Alhamdullilah Allah kurniakan akal ni berguna utk mengeluarkan idea dan ayt-ayt yang elok utk ditulis.Sekurang-kurangnya aku ada juga yang istimewanya.Kalau ada apa2 yang aku suka aku tulis dan simpan, yang mane aku nak lupa, aki tulis, dan buang jauh-jauh dari kotak ingatan.Tak membazir sebab ia membantu.
Jadi, sape-sape kat luar sane yang masih tak dapat selami keseronokan menulis, cubalah menulis sekali-sekala.Bukan menulis di Facebook shj, bukan setakat membebel di blog, menulis untuk kebaikan itu bagus.Mulalah satu blog, mungkin.Anda akan sayang pada blog ini :)
No comments:
Post a Comment