Cara tulisan ini harus diubah.Ahh....tapi bagaimana.Aku tak biasa menggunakan bahasa baku.Tak mengapalah...perubahan boleh dilakukan, sedikit demi sedikit, seiring dengan umur aku yang kian meningkat (meh aku kira...emm lagi 56 hari sebelum usia aku genap 17 tahun) kiranya lama jugak aku bergelumang dengan dunia blog.Aku dah jatuh cinta padanya, apa lagi yang harus aku lakukan.Mungkin ada yang berasa bosan membaca coretan-coretan dari hati yang entah apa-apa ini, tak apalah...sudah lumrah.Lagipun berape kerat sangatlah yang follow blog aku.Mata ini ada terlihat ruang-ruang untuk mempromote blog sendiri di blog-blog orang yang aku lawati, hati terasa ingin menempel gambar dan alamat blog aku di situ, tapi, tiba-tiba ada rasa kelakar mengusai diri saat aku larikan cursor mouse pada ruang tersebut.Siapalah aku untuk mempromote blog ini! Ada ke yang akan berminat dengan tulisan-tulisan kosong dan hambar ini.Lalu, aku melupakan hasrat untuk mempromote :)
Ketika coretan ini ditulis mataku sedang galak melihat makhluk-makhluk tuhan bernama lelaki menyanyi dan menari di skrin komputer dalam laman web Youtube.Mama kata lupakan saja mereka-mereka yang bermata sepet dan kecil itu.Tapi bagi aku, tak mengapalah mata sepet pun asalkan apa yang mereka persembahkan ada kualiti dan jalan ceritanya.Lagipun, bukan ramai artis Malaysia yang mampu memberi persembahan sebaik mereka.Aku bukan kata tiada tapi tak ramai.Lagipun aku suka orang yang passionate pada apa yang mereka lakukan.Pada mereka yang tersenyum sewaktu menyanyi dan menarikan lagu kegemaran peminat-peminat mereka.Aku sukakan itu semua.Bukan tiada artis Malaysia yang passionate terhadap kerjaya mereka tapi, tak ramai yang aku jumpa.
Pernah tak anda semua minat sangat-sangat kat sesuatu benda? Benda yang susah nak dapat tapi bila dah dapat susah nak pegang dan bila dah pegang, tak mahu dilepaskan? Pernah tak? Tentu sahaja pernah.Sebenarnya, aku sengaja je tanya menda ni, sebab aku percaya semua orang pernah alami benda ni.Tipulah kalau kata tak pernah, sebab kita semua diciptakan sebagai manusia.Sama sahaja, tak kiralah anda ni berpangkat apa, duduk di mana, sekaya mana pun, mesti pernah.
Apa yang aku minat? Banyak.Sangat banyak sehinggakan aku tak dapat nak buat list pun.
KHJL - gentle like raindrops, powerful like a thunder storm into the hearts of all his fans. His mannerism, his work ethics, his many talents, his 4D opinions that cutes laughter out of us, no wonder he stands out amongst a sea of stars. He can even make someone else's song/dance into a fresh, totally his to mesmerize us. It's great!!
Siapakah itu? Baru-baru ini aku hatiku tersangkut pada artis Korea seorang ini.Aku sukakan lakonannya yang bersahaja namun meninggalkan kesan pada aku.Aku pernah bagi tahu seorang rakan, berikut adalah petikan dialog :
"I'm very-very easily to fall for someone as cold and as emotionless as your brother, same like Baek Seung Jo in Playful Kiss.The harder the things to get the more we love it." dan aku pun senyum.
"Then, you take my brother jelah kalau macam tu!" dia menawarkan abangnya yang aku kenal melalui cerita-ceritanya sahaja.Dan aku, cuma menggeleng dan tertawa.
Tapi, aku bukan sukakan orang yang cold dan emotionless itu sebab cerita yang aku tonton, tapi itulah diri aku yang sebenar.Aku sangat-sangat senang tertarik akan sesuatu atau seseorang yang susah untuk aku dapat.Aku pun tak faham kenapa, dan aku pun tak tahu kenapa.Kadang-kadang benda ni menyakitkan tapi seperti yang aku cakap, the harder the things to get, the more we love it.Hehe.Dah terkeluar topik ni.
Sebenarnya, aku nak cakap...sekarang aku tengah menjadi peminat number satu, fanatic, sangat fanatic pada... Kim Hyun Joong! hehe...tak terlambat pun.Lagipun aku rasa dia sangat-sangat berbakat, semua pun dia boleh buat.Menari...benda yang dia paling passionate aku rasa.Sangat-sangat terror.Huh!hehe..
Check this out!
No comments:
Post a Comment