Aku tiba-tiba teringat seorang kawan pernah berkata,
"Aku ni tak cantik.Sapelah yang nak kat aku.Sape-sape yang suka kat aku tu memang buta dan bodoh lah"
Kawan aku ini sering berkata begitu, padahal pada waktu yang sama dia mempunyai hubungan dengan seorang rakan yang aku kenali (walaupun dia tak pernah bagi tahu aku). Persoalannya, butakah lelaki itu? Bodohkah lelaki itu?Aku sering tertanya-tanya..kenapa dia berkata begitu? Bagi menafikan hubungannyakah? Aku tak faham dengan orang begini, bukankah kita patut bersyukur apabila ada orang yang sukakan kite?
Kadang-kadang aku terase cam nak bagi mkn cabai byk2 je kat minah nie.Tak bolehkah dia bersyukur.Dia cantik..ye..kenapa tak nak mengaku dengan kurniaan Allah itu? Kenape tak boleh ucap terima kasih dan alhamdullilah apabila orang puji?KENAPA PERLU CAKAP ORANG YANG SUKAKANNYA ITU BUTA DAN BODOH? Sedangkan dlm hati dia terlalu suka dan gembira apabila orang puji.
Manusia memang tak pernah puas dengan ape yang mereka ada.Mereka mahu lebih sedangkan mereka tak sedar kekurangan mereka itulah yang membuat mereka istimewa.Bagi aku, manusia yang ada kekurangan itulah orang yang istimewa.How can life be perfect if every humans in earth aren't perfect as they think? Kalau akulah jadi kawan aku, aku cukup gembira dijadikan dirinya.Syukur.Namun...aku bersyukur menjadi diriku.Aku yang dapat menerima segalanya walaupun kadg2 susah utk aku menerimanya.It takes time, but yet I'm just too lucky to be myself.To be me and who I am.Cause I'm imperfect and I'm special.Tak semua orang dapat lihat keistimewaan aku, hatta aku pun tak tahu ape keistimewaan aku, tapi biarlah.
Aku takde peminat, mungkin ada, tapi aku tak perasan.Malas nak perasan..mungkin.Tapi tu bukan bermakna aku perlu terdesak untuk cari peminat.Tak.Mungkin sekarang tiada, aku tak kisah pun.Mungkin satu hari nanti akan ade orang yang akan menerima aku seadanya, terima segala kelebihan dan kekurangan aku.Semuanya satu kemungkinan.Aku hanyan mampu berdoa pada Allah SWT, dan jika doa aku dimakbulkan, aku takkan sekali-kali berkata,
"Aku ni tak cantik.Sapelah yang nak kat aku.Sape-sape yang suka kat aku tu memang buta dan bodoh lah"
Sebab aku tahu aku istimewa.
No comments:
Post a Comment