Friday, February 4, 2011

Kalau aku sayang kau...

Assalamualaikum. Maaflah ye, anak-anak..walaupun aku sudah sampai di rumah, tapi tangan ni sangat malas nak menaip...time ade mood je, otak tetibe jadi blank, kosong...rangka-rangka karangan yang comel-comel tadi hilang entah ke mane. Aigoo...berat sungguh msalah minah sorang ni kan. Ahaha.Jadi..blog ni pun terabandon lah sorang-sorang untuk jangka waktu yg  agak lame. Heh...ehh..tapi..jangan risau, aku nak update lah ni. Jangan lari tau..sayang korang semua!

Life? Penat sngat2 sampaikan ada satu saat aku nak mase ni berhenti boleh sekejap supaya aku dapt berehat tanpe perlu fikirkan ke mana masa-masa yang tadi tu pergi menghilang. Cabaran SPM tu memg dah terase, sampaikan pening kepale ni nak memikirkannya. Kadang-kadang rase dah tak terkejar semua benda ni. Mane nak fikir kelas, mane nak fikir homework, dengan kelas tambahan cikgu lagi, study group lagi. Aih..kalau org yg x sbar tu, boleh gile dibuatnya. Tapi..alhamdullilah lah..setakat ni, aku tak gila lagi. Masih waras dan sihat walafiat lagi.

Friends? Yeah..maybe its true that I love you, kawan. Tapi, as you said, maybe kite pernah share some sweet, sad and tough moment together,but maybe this year, is not for us. Fine, aku boleh terima semua tu. Mungkin itu takdir kita en.. tapi, seriusly, I won't forget you and I won't forget those moments with you. Kau ajar aku bnyk benda, untuk menjadi diri aku sendiri. Kau  macm  kakak  aku  yg  tunjuk  kat  aku tentang hidup ni yang sebenarnya adalah pilihan kita sendiri, bukan bergantung pada orang lain.Kawan,sampai mati pun aku  akan ingat kau dan nasihat kau tu.Thank you.Aku tak benci kau, tapi aku sayang kau sangat-sangat.

Kawan-kawan lain? Pada aku memerlukan kalian, kamu semua hadir.Memberi warna dalam hidup yang dulunya hanya hitam dan putih shaja.Terima kasih. Korea dan kita sangat sebati kan? Biarpun jauh kat sudut hati aku, masih ada luka dahulu, aku terhibur dengn hadirnya kamu semua dengan kegilaan-kegilaan itu. Saranghaeyo.

Aigoo...entry ni bnyk pasal perasaan.Maaflah ye.Aku memng tengah dalam emosi skit ni. :(
Inspire me, please???

Saturday, January 15, 2011

Tua sudeh :)

Oh dunia...dengarlah.. hari ni saya sudah meningkat tua lagi setahun! Hahaha.. Rase takut pulak bila dah meningkat tua ni. huhu. Hari jadi yang biase2 je. Lagipun duduk dekat maktab, ape yang nak disambut...orang lain ramai yang balik rumah sempena befday Sultan Kedah.hee. Hari ni..mood elok je. Walaupun sangat boring dan saaaangat mengantuk, aku berusaha jugak untuk outing dan ke cyber cafe semate-mate untuk update blog. hee...sngt rndukn blog dan kamu2 semua!

Disebabkan sudah tua, hee...aku berjanji dan berazam pada diri aku sendiri untuk bersungguh-sungguh dalm SPM. Doakan aku ekk..doakan aku menjdi Najwa Nadia yang lebih baik :)

Thursday, December 30, 2010

Oh...sudah mahu pergi 2010?

Yerp..itulah hakikatnye yang prlu semua manusia dekat dunia ni tahu. Tahun 2010 dah nak pergi! Dah nak meninggalkan kita. Dah tak datang lagi dah, kecualilah kalau korang yang mendatangkan memori-memori 2010 itu di dalam fikiran. Jadi wayang gambar berwarna tapi tak bersuara je lah. Secara keseluruhannya, aku mengalami tahun 2010 yang sedang-sedang sahaje. Tak happy sgt, tak sedih sgt. Biasalah...

Eventually, tahun 2010 aku bermula dengan aku masih meneruskan sekolah di MRSM PAsir Tumboh selama 2 bulan untuk mengisi masa lapang dengan program KIKA sebelum dihantar ke maktab lain. 'Waktu menghabiskan mase di dalam dewan' selalu je kawan2 aku mention ni, belajar thinking skills, learning skills and ntah hape-hape lagilah, yang kami sudah didedahkan sejak kecik lagi. Tak ke bosan? Adoyai.. Cukup sebulan setengah 'merehat-merehatkan' minda, panggilan untuk menggerakkan semula enjin otak yang telah beku berkarat itu kembali. Aku ditempatkan ke MRSM Langkawi. Jauh sangat. Tapi, tahun lepas, aku jugak yang sibuk nak pergi situ. heh. So, tak boleh nak rungut ape2.

MRSM Langkawi? Hardships? Sudah sinonim. Mane nak sesuaikan diri, mane nak cari kawan, mane nak hilangkan Encik Homesick kat dalam diri. Bak kate, memang bnyk benda yang terjadi dekat situ. Tapi, sebagai manusia, aku tak boleh nak berputus asa, telan semuanya. Ade jugak kadang2 rase give up menjengah diri, tapi sekejap je, tak sampai setengah jam, dah kembali normal. Heh. Perjuangan harus diteruskan walaupun sesakit mane segala benda yang ada di hadapan kita.

Menghabiskan dua semester di MRSM Langkawi membuatkan aku lebih mengenali erti kehidupan. Membuatkan aku terima seadanya segala ape yang dipersembahkan utk hidup aku. Dua semester ditutup dengan peperiksaan akhir semester dua, yg resultnye tak memuskan hati. Apelah yang aku belajr? Haha..

2010? Banyak memori yang nak aku ingat. Banyak jugak yang aku nak lupakan. Kenapa? Biarlah aku yg tahu sendiri, ye tak? Yang peting tahun 2011 yang mendatang, aku berjanji akn buat yg terbaik dalm SPM. Insyallah.

2010...saye kenal ramai orang!


 Kelas kesayangan 401 Lawrencium


Saya slalu tnye sal Korea dekat die!


Anak-anak Zainuddin! Hehe..classmates and roomate


Aku rindu momen ni!

Babai 2010. Babai buat sementara waktu, blog!

Wednesday, December 29, 2010

Hampir tua :(

Lagi dua hari aku akan balik ke maktab. Adoyai... cam sekejap sangat cuti kali ni. Memang tak cuti pun, dok tuisyen memanjang..Takpelah, untuk kebaikan diri aku jugak. Campur, tolak bahagi, lagi 16 hari aku akan genap mencapai usia 17 tahun. Seram kott angka tujuh belas tu. Rase macam dah tua sangat, tapi..kadang2 rase mcm tak, pulak. Rase mcm sekejap sangat, tup.tup aku dah 17 tahun. Dah nak ambik SPM woo.. Kalau mase aku kecik cinonet dulu, aku rase akak-akak and abang-abang yng dah berusia 17 tahun ni macam besar sgt2. Mase tu, mcm nak cepat2 jadi besar, nak sekolah menengah. Tapi, sekarang, gatal pulak nak jadi kecik balik. Nak duk sekolah rendah. Jadi budak kecik kan senang, tak payah pikir banyak masalah..kan.kan.kan? Sape setuju, angkat tangan!!

Kalau orang dulu-dulu, 17 tahun, dah boleh kawen dah, siap ada anak lagi. Tapi..zaman kan dah berubah, kalau dulu, orang tua-tua slalu kate, perempuan, duk kat dapur je, tapi sekarang, perempuan pun dah boleh kerja dah. Terer kan perubahan zaman? (Tengah menaip sambil tengok bola ni... ape da Indonesia.. pakai laser jugak.Aritu bising, cakap tak serupa bikin)..haha tak boleh belah..nak jugak masuk ayat dalam kurungan tu.

Aku ni, jenis yang suka mengimbau kenangan, alah..kenangan dulu-dulu waktu kecik2. Banyak jugak yang best, ade jugak yang tak. Kalau dulu, semua masalah macam takde je, kan? Sekarang ni, mane nak fikir belajar, mane nak fikir benda-benda lain. Aish..tapi..itulah namanya kehidupan kan? Banyak azam aku tahun ni? Ntahlah...banyak lah jugak. Tapi..tu aku alan ceritakan kat entry lain. Entry ni nak membebel pade diri yang suda tua ni. Yang penting tahu 2011 tahun penting aku, tahun penentuan. Arah hidup aku suatu hari nanti bergantung pada usaha aku tahun 2011 ni.

Okeylah..nak sambung tengok bola :)

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Tinggal Pusat Tuisyen al-Amin

Huhu...tengok tajuk entry ni macam sedih gile kot. Yeah...begitulah bunyinya mood aku hari ini, mengucapkan selamat tinggal dan salam terakhir kepada cikgu2 dan rakan2 kat Pusat Tuisyen al-Amin, yg sebulan ni dok sebuk berulang-alik krn ingin menimba ilmu, dan tak mahu biarkan otak aku ni berkarat disebaban cuti yang agak lame.Huhu. Yup, otak aku ni kalau dibiarkan rehat lame-lame mau lemau. Jadi, inisiatif aku mengambil tuisyen pada waktu cuti ini adalah sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun hadapn. Bak kate org, biar enjin tu panas dulu, baru boleh drive dngan selesa...ye takk??

Ape-ape pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat cikgu-cikgu yang baik hati nak mengajar kitaorang selama sebulan ni. And...to kawan-kawan sekelas...best gile kott sekelas ngan korang! Tahun depan aku dah tak pergi sane, tapi..aku sentiasa berdoa agar Allah pertemukan kite lagi. Aku akn ingt semua bebudak kelas a yg comel2. Comel2 je..takde hensem2 sebb semua perempuan.Hu~ Walaupun hanya sebulan, kesannye mendalam dekat aku.

Hari tu, mase mula-mula setat tuisyen, rase cam lame sangat sebulan tusyen dekat situ. Tup.Tup. Hari nih dah hai akhir. Sekejap je.. aish..rase macam nak sambung tuisyen kat situ lagi. Best.Dan lagi dua tiga hari, dah nak pulang ke maktab. Uwaa.. aku sambut New Year dlm bas lah tahun ni. Aish...sedih gile kot. Takpe-takpe.. tahun depan dah takleh main-main dah. Kena serius balik...*mood serius* SPM!

Mane2 yang nampak aku macam tak serius tu, tegur-tegur la ekk..hehe. membantu kan amalan mulia.

Okaylah..chiow...ambo nk tgk cte Mary Stayed Out All night dekat astro nieh. Power tak?? Dh kuar dekat Astro! Episod bape ntah...

Friday, December 24, 2010

Bile mood hilang...

Anda suke tak, bile anda nak pergi shopping, ingatkan hari ni shopping mall tu lengang tapi rupe-rupenye tak?Penuh gila sampaikan berlaga-laga troli semua and barang-barang yang anda nak pun habis sebab org lain dah dapat dulu :( Lepas tu, ade pulak yang mak cik-mak cik ni dok tengok je ape yang korang beli, lepas tu turut membeli barang yang same. Apa motif dia huh? Serabut gile kowt. Aku? Demm tak suke!

Penah tak benda-benda kat atas tu terjadi dekat korang? Alkisahnya, semalam aku and family keluar untuk bershopping barang-barang sekolah sebagai persediaan nak balik ke maktab disebabkan cuti yang dah semakin pendek itu, dan aku juga perlu menghabiskan tuisyen yg tinggal lagi seminggu (cam malas gile kott...) Jadi, hari yang bertuah yg telah dipileh adlh hari Jumaat.Huhu. Sampai-sampai je kat shopping mall tu aku memang terkejut gile lah, ramai sangat-sangat orang yang bershopping semalam, sampaikan semua fenomena yang aku sebut dekat atas terjadi dekat kiteorang sekeluarga. Aish..tak suke!

(Foto ni takde kena mengena)

Disebabkan telah terjadi fenomena2 di atas, kami telah berkunjung ke dua shopping mall semalam.Biasenye lepas melawat(sesuai ke term ni?..haha) satu shopping mall kami terus balik. Tapi semalam tak. Disebabkan barang2 mahal, kami sanggup ke shopping mall sebuah lagi yang menawarkan harga yang lebeh murah.Huhu. Berbaloi lah..sebab shopping mall yang kedua tu memang murah pon.

Tapi, seriusly, memang aku tak suka gila kalau time aku shopping ada orang ramai2. Tak de privasi langsung. Aku lebih sanggup tak pergi waktu shopping mall tu sale, sebab senang nak membeli. Hehe. Kalau ade ramai je, terus hilang sikit mood nak bershopping, ala sikit je.Haha. Tapi, secara jujurnya, memang aku ni tak suka membeli-belah! Dari rumah tu memanglah bersemangat bile dengar nak keluar shopping. Tapi bila sampai kat tempat shopping ni, terus aku tak de mood nak pilih. Kenapa ekk? Aku pun tak tahu. Kalau korang tahu kenapa boleh bagitahu aku tak ape masalahnya aku niey? Geram betul bile jadi macam tu.

Tolong aku ehh...

Thursday, December 23, 2010

Berat :)


Jom kite timbang-timbang belog! Huhu...yeah..kepada sesiapa yang rase blog dia berat tu, pergilah try timbang dekat laman web ni, www.iWEBTOOL.com. ceh. Cayalah...tak sampai seratus pun... bagus2.huhu