Thursday, December 30, 2010

Oh...sudah mahu pergi 2010?

Yerp..itulah hakikatnye yang prlu semua manusia dekat dunia ni tahu. Tahun 2010 dah nak pergi! Dah nak meninggalkan kita. Dah tak datang lagi dah, kecualilah kalau korang yang mendatangkan memori-memori 2010 itu di dalam fikiran. Jadi wayang gambar berwarna tapi tak bersuara je lah. Secara keseluruhannya, aku mengalami tahun 2010 yang sedang-sedang sahaje. Tak happy sgt, tak sedih sgt. Biasalah...

Eventually, tahun 2010 aku bermula dengan aku masih meneruskan sekolah di MRSM PAsir Tumboh selama 2 bulan untuk mengisi masa lapang dengan program KIKA sebelum dihantar ke maktab lain. 'Waktu menghabiskan mase di dalam dewan' selalu je kawan2 aku mention ni, belajar thinking skills, learning skills and ntah hape-hape lagilah, yang kami sudah didedahkan sejak kecik lagi. Tak ke bosan? Adoyai.. Cukup sebulan setengah 'merehat-merehatkan' minda, panggilan untuk menggerakkan semula enjin otak yang telah beku berkarat itu kembali. Aku ditempatkan ke MRSM Langkawi. Jauh sangat. Tapi, tahun lepas, aku jugak yang sibuk nak pergi situ. heh. So, tak boleh nak rungut ape2.

MRSM Langkawi? Hardships? Sudah sinonim. Mane nak sesuaikan diri, mane nak cari kawan, mane nak hilangkan Encik Homesick kat dalam diri. Bak kate, memang bnyk benda yang terjadi dekat situ. Tapi, sebagai manusia, aku tak boleh nak berputus asa, telan semuanya. Ade jugak kadang2 rase give up menjengah diri, tapi sekejap je, tak sampai setengah jam, dah kembali normal. Heh. Perjuangan harus diteruskan walaupun sesakit mane segala benda yang ada di hadapan kita.

Menghabiskan dua semester di MRSM Langkawi membuatkan aku lebih mengenali erti kehidupan. Membuatkan aku terima seadanya segala ape yang dipersembahkan utk hidup aku. Dua semester ditutup dengan peperiksaan akhir semester dua, yg resultnye tak memuskan hati. Apelah yang aku belajr? Haha..

2010? Banyak memori yang nak aku ingat. Banyak jugak yang aku nak lupakan. Kenapa? Biarlah aku yg tahu sendiri, ye tak? Yang peting tahun 2011 yang mendatang, aku berjanji akn buat yg terbaik dalm SPM. Insyallah.

2010...saye kenal ramai orang!


 Kelas kesayangan 401 Lawrencium


Saya slalu tnye sal Korea dekat die!


Anak-anak Zainuddin! Hehe..classmates and roomate


Aku rindu momen ni!

Babai 2010. Babai buat sementara waktu, blog!

Wednesday, December 29, 2010

Hampir tua :(

Lagi dua hari aku akan balik ke maktab. Adoyai... cam sekejap sangat cuti kali ni. Memang tak cuti pun, dok tuisyen memanjang..Takpelah, untuk kebaikan diri aku jugak. Campur, tolak bahagi, lagi 16 hari aku akan genap mencapai usia 17 tahun. Seram kott angka tujuh belas tu. Rase macam dah tua sangat, tapi..kadang2 rase mcm tak, pulak. Rase mcm sekejap sangat, tup.tup aku dah 17 tahun. Dah nak ambik SPM woo.. Kalau mase aku kecik cinonet dulu, aku rase akak-akak and abang-abang yng dah berusia 17 tahun ni macam besar sgt2. Mase tu, mcm nak cepat2 jadi besar, nak sekolah menengah. Tapi, sekarang, gatal pulak nak jadi kecik balik. Nak duk sekolah rendah. Jadi budak kecik kan senang, tak payah pikir banyak masalah..kan.kan.kan? Sape setuju, angkat tangan!!

Kalau orang dulu-dulu, 17 tahun, dah boleh kawen dah, siap ada anak lagi. Tapi..zaman kan dah berubah, kalau dulu, orang tua-tua slalu kate, perempuan, duk kat dapur je, tapi sekarang, perempuan pun dah boleh kerja dah. Terer kan perubahan zaman? (Tengah menaip sambil tengok bola ni... ape da Indonesia.. pakai laser jugak.Aritu bising, cakap tak serupa bikin)..haha tak boleh belah..nak jugak masuk ayat dalam kurungan tu.

Aku ni, jenis yang suka mengimbau kenangan, alah..kenangan dulu-dulu waktu kecik2. Banyak jugak yang best, ade jugak yang tak. Kalau dulu, semua masalah macam takde je, kan? Sekarang ni, mane nak fikir belajar, mane nak fikir benda-benda lain. Aish..tapi..itulah namanya kehidupan kan? Banyak azam aku tahun ni? Ntahlah...banyak lah jugak. Tapi..tu aku alan ceritakan kat entry lain. Entry ni nak membebel pade diri yang suda tua ni. Yang penting tahu 2011 tahun penting aku, tahun penentuan. Arah hidup aku suatu hari nanti bergantung pada usaha aku tahun 2011 ni.

Okeylah..nak sambung tengok bola :)

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Tinggal Pusat Tuisyen al-Amin

Huhu...tengok tajuk entry ni macam sedih gile kot. Yeah...begitulah bunyinya mood aku hari ini, mengucapkan selamat tinggal dan salam terakhir kepada cikgu2 dan rakan2 kat Pusat Tuisyen al-Amin, yg sebulan ni dok sebuk berulang-alik krn ingin menimba ilmu, dan tak mahu biarkan otak aku ni berkarat disebaban cuti yang agak lame.Huhu. Yup, otak aku ni kalau dibiarkan rehat lame-lame mau lemau. Jadi, inisiatif aku mengambil tuisyen pada waktu cuti ini adalah sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun hadapn. Bak kate org, biar enjin tu panas dulu, baru boleh drive dngan selesa...ye takk??

Ape-ape pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat cikgu-cikgu yang baik hati nak mengajar kitaorang selama sebulan ni. And...to kawan-kawan sekelas...best gile kott sekelas ngan korang! Tahun depan aku dah tak pergi sane, tapi..aku sentiasa berdoa agar Allah pertemukan kite lagi. Aku akn ingt semua bebudak kelas a yg comel2. Comel2 je..takde hensem2 sebb semua perempuan.Hu~ Walaupun hanya sebulan, kesannye mendalam dekat aku.

Hari tu, mase mula-mula setat tuisyen, rase cam lame sangat sebulan tusyen dekat situ. Tup.Tup. Hari nih dah hai akhir. Sekejap je.. aish..rase macam nak sambung tuisyen kat situ lagi. Best.Dan lagi dua tiga hari, dah nak pulang ke maktab. Uwaa.. aku sambut New Year dlm bas lah tahun ni. Aish...sedih gile kot. Takpe-takpe.. tahun depan dah takleh main-main dah. Kena serius balik...*mood serius* SPM!

Mane2 yang nampak aku macam tak serius tu, tegur-tegur la ekk..hehe. membantu kan amalan mulia.

Okaylah..chiow...ambo nk tgk cte Mary Stayed Out All night dekat astro nieh. Power tak?? Dh kuar dekat Astro! Episod bape ntah...

Friday, December 24, 2010

Bile mood hilang...

Anda suke tak, bile anda nak pergi shopping, ingatkan hari ni shopping mall tu lengang tapi rupe-rupenye tak?Penuh gila sampaikan berlaga-laga troli semua and barang-barang yang anda nak pun habis sebab org lain dah dapat dulu :( Lepas tu, ade pulak yang mak cik-mak cik ni dok tengok je ape yang korang beli, lepas tu turut membeli barang yang same. Apa motif dia huh? Serabut gile kowt. Aku? Demm tak suke!

Penah tak benda-benda kat atas tu terjadi dekat korang? Alkisahnya, semalam aku and family keluar untuk bershopping barang-barang sekolah sebagai persediaan nak balik ke maktab disebabkan cuti yang dah semakin pendek itu, dan aku juga perlu menghabiskan tuisyen yg tinggal lagi seminggu (cam malas gile kott...) Jadi, hari yang bertuah yg telah dipileh adlh hari Jumaat.Huhu. Sampai-sampai je kat shopping mall tu aku memang terkejut gile lah, ramai sangat-sangat orang yang bershopping semalam, sampaikan semua fenomena yang aku sebut dekat atas terjadi dekat kiteorang sekeluarga. Aish..tak suke!

(Foto ni takde kena mengena)

Disebabkan telah terjadi fenomena2 di atas, kami telah berkunjung ke dua shopping mall semalam.Biasenye lepas melawat(sesuai ke term ni?..haha) satu shopping mall kami terus balik. Tapi semalam tak. Disebabkan barang2 mahal, kami sanggup ke shopping mall sebuah lagi yang menawarkan harga yang lebeh murah.Huhu. Berbaloi lah..sebab shopping mall yang kedua tu memang murah pon.

Tapi, seriusly, memang aku tak suka gila kalau time aku shopping ada orang ramai2. Tak de privasi langsung. Aku lebih sanggup tak pergi waktu shopping mall tu sale, sebab senang nak membeli. Hehe. Kalau ade ramai je, terus hilang sikit mood nak bershopping, ala sikit je.Haha. Tapi, secara jujurnya, memang aku ni tak suka membeli-belah! Dari rumah tu memanglah bersemangat bile dengar nak keluar shopping. Tapi bila sampai kat tempat shopping ni, terus aku tak de mood nak pilih. Kenapa ekk? Aku pun tak tahu. Kalau korang tahu kenapa boleh bagitahu aku tak ape masalahnya aku niey? Geram betul bile jadi macam tu.

Tolong aku ehh...

Thursday, December 23, 2010

Berat :)


Jom kite timbang-timbang belog! Huhu...yeah..kepada sesiapa yang rase blog dia berat tu, pergilah try timbang dekat laman web ni, www.iWEBTOOL.com. ceh. Cayalah...tak sampai seratus pun... bagus2.huhu

Pemilihan lagu..huhu

Setelah berasakan blog aku ni agak sunyi, aku membuat keputusan untuk meletakkan lagu supaye nanti kalau adelah readers2 yang datang, tak rase bosan sangat :) Bagus kan aku ni, huhuhu memikirkan kebajikan pembaca2 aku yang comel-comel tu :) huhu. Tapi, disebabkan aku tahu ade sesetengah readers yg tak beape suke kalau2 buke blog, terus keluar lagu (yelah..tibe2 lagu blog aku ni ganggu lagu yg dorang tengah dengar, susahlah..huhu) aku ambil lagu yang tak hardcore dan harsh sangat.Huhu..

So...setelah melalui proses penapisan dan pendengaran beberapa kali oleh aku sendiri, mengikut kesesuian pembaca dan aku juga...lagu yang telah dipilih adalah..... CN BLUE - Love light. So, ape pendapat korang dengan lagu tu? Bagi aku lah, lagu tu tenang je..sebab tu lah lagu tu dipilih antara banyak-banyak lagu kat luar sane tu.Huhu..



Sebelum letak lagu tu, ade jugak test lagu Jay Park - Nothin' On You tapi tak jumpe yang best kualiti, jadi aku memilih dengan muktamad lagu CN Blue.



Enjoy!

Wednesday, December 22, 2010

Esok - result PMR adek!

Haish...sekarang dekat rumah atok. Tunggu papa tak datang-datang ambik lagi. Tak datang lah tu malam ni. Huhu. Takpe, takpe Taulah aku nak buat ape...hehe. acece..gurau je. Oh...aku baru lepas call papa. On the way :) Nice!

Okeh...sekarang meh kita bergerak ke teraju utama post ni PMR. Aku pasti dan sangat2 pasti yang readers2 and followers ramai yang sudah menempuh pepriksaan ni, termasuklah aku ataupun, yang bakal menempuhnya nanti. Takpe, jangan cuak, tak susah sangat pon (memanglah..dah lepas kan :) buatnye tak, cuak jugak)

Esok 23 Disember 2010, so hilanglah debaran-debaran di dada-dada pelajar tingkatan 3 2010 kerana keputusan PMR 2010 akan diumumkan secara rasmi esk dan salah seorangnya adalah adekku sendiri, Nabila. Aish.. macam mana lah result adek esok. Insyaallah, boleh lah tuh... Aku yakin dia pasti boleh. Dia kan adek aku. haha.. sorry, terover sedikit yaish..perlu megcover diri nieh.

Ni lah adik aku. dan foto ini di grab dekat facebook nya.

Good luck yea dik!