Thursday, December 8, 2011

OH YEAH! hahaha... Seriusly, sangat suke ngan perkataan tu sekarang. Aku pon tak thu kenape. Kyaahahaha~    What am I doing now? Of course lah, mate ni tak lekang2 dari Korea kegemaran ku ituw. Hehe. Sory.Sory sumer org...memg saye tgah obses. Hehehe..

But now, I feel clueless. NAK KERJA KE TAK NI?? Haha. Seriusly, hati rase gile2 nak kerja. cam like..oh my god, I really have to work after SPM. Tapi, bile pikir balik...ala..nape nak keje, like Najwa, ko dah 5 tahun x der full day nak duk rumah, saje2, goyang kaki, gosok2 kucing kesayangan, bukak Youtube, tonton Korea, like you had been holding everything inside kann? Haha. Sekarang terase giler CONFUSE.

Tibe2 semalam, dpat plak ideagile kejadah ape ntah..tetibe rase cam..aish, kalau jadik teacher kat skolah rendah dlu pon owkey gak. Jadik cikgu ganti. Dlam hati cam..what? Najwa, seriusly, pandai ke kau mengajar. Tapi, aku tak kire. Aku nak jugakkkkk! hahaha. Saye sangat gile sekarang.

Dah tu, sekarang..sibuk pulak nak mengabiskan semua reality shows korea yang banyak dan bertimbun2. Tapi buat mas ni, aku fokus kat Infinite lah. Infinite dah cam sebati gile ngan aku. Kyeeee~ Diorang sangat2 CUTE, COMEL, MANLY, HANDSOME and segale word2 yg best kat dunia ni untuk dorang. Haha. Gile.

Okeyhlah..readers, aku dah kekeringan idea. Let me share you guys some pics. enjoy!

Ni lah Nam Woo Hyun... hehe

Wednesday, December 7, 2011

Cerita-ceriti terbaru saya!

Free love to everyone! Free love to everyone! Muahahaha :D


Firstly aku nak mintak MAAF sesangat kepada followers2 blog aku sebab dah lame tak mengupdate blog. Hee~ Diabandon mcm tu je kan. Eventually, dua tiga bulan lepas, aku snagt SEBBUUK dengan exam sume tu. And now finally SPM da abeeessss :D. I'm an ADULT. Hee~ Alhamdullilah...SPM was OKAY :) Anyway..MIANHE. Lepas tu bile dah balik rumah, dok busy nak buat passport semua, nak menghabiskan reality shows, dramas. Haha. HAri ni je tiba-tiba teringat dkat blog.

Kepada yang telah melawat dan mengfollow blog aku nie, thanks a lot. Okeh.Okeh. Dengar ni semua.. from this moment aku berjanji akan sentiasa mengupdate blog dan memberi anda info2 yang TERBAEK and TERBARU, okeyh. DEAL? Lepas ni, aku janji..setiap informasi yang aku bagi dan keluarkan, pasti terbaru dan masih hot :D
Anyway today's topic is.....jengjengjeng

NEW OBBSESSIONS!!!!!! KYAHAHA



Question is who are they????
OF COURSE LAH.....
INFINITE!

Hee... tiba-tiba rase terharu pulak nak buat entry pasal diorang. Eventually, aku dah obses dgn diorang dah about 3 or 4 bulan kott. It all started mcm a long time ago..hehe. Semua obsessions and virus ni dibawak oleh kawan baik aku TEH! Aku tak tahu kenape, tapi..virus Infinite ni sangat2 kuat dekat aku..dh macm demam yang takleh cure2 tu. Actually, there are infinity reasons why I fell in love with them <3
Infinite ni sbnrnye skarg ni adalah rising idol dkt Korea. Diorang ni bukan sahaje berbakat, but dorang gak mesra ngan peminat. Because Infinite comprimise of 7 people of different personalities, memg diorang ni byk giler perangai yg lain2 yang dapat meng'spice'kan suasana.

Okeyh..reason why aku suke giler dengan Infinite is, dance diorang yang sangat2 synchronized. Stakat yang aku tengok, diorang jarang2 buat kesalahan dalam sesebuah konsert. Infinite ni sangat2 berusaha untuk buat yang terbaik and to be at the top. Sokongan daripada peminat mereka, INSPIRITS juga merupakan semangat dan ibarat vitamin buat mereka. He~ 

Aku ni dah mcm, tido Infinite, bangun pagi Infinite, makan Infinite, mandi Infinite..pendek kate, semua benda dlm hidup aku sekarang, kat fikiran aku msti ade Infinite. So, diorang ni memang sangat2 hebatlah, sebab berjaye buat aku jadik camtu. Sebelum2 ni aku takderlah sampai obses terlebih, sampai nak ckp benda lain pun tetiba terkeluar Infinte.

Baru-baru ni, (walaupun takdelah baru sangat) Infinite dah rais several awards. Bagi kiteorang, Inspirits, award2 ni sgt membuktikan yang Infinite ni sgt2 di'value' dkat Korea. Ternyata, lagu Be Mine dari album Over The Top, album terbaru diorang sangat2 memberi tuah kepada mereka. Begitu jugak ngan lagu Paradise dari album Over The Top repackaged pun turut meraih satu award. 

So, bagi aku, aku sangat2 berterima kasih sebab aku diperkenalkan dengan Infinite. Perkenalan dengan diorang sangat2 worth. The give rainbows in my life. Hee.. Okeyhlah kawan2 aku nak pergi sambung menonton Days Of Infinite plak. Reality ni dah lame, tapi sebb minat punye pasal, aku mesti nak habiskan jugak. Kalau nak yg terbaru dari diorang, boleh je tengok Infinite Sesame Player. Sure2 korang terhibur. Diorang ni sangat2 lawak.

Tuesday, August 23, 2011

Sampai rumah.






Assalamualaikum, salam sejahtera and selamat malam, selamat makan moreh dan segala selamat lah buat readers blog aku sekalian. Tak tau nak cakap macam mane tapi nak cakap SOOOORRII sangat2 sebab lame tak post. Bukan aku dah lupakan blog ni, tapi kesuntukan masa dan kesibukan hidup membuatkan aku mengabandon kan blog ni buat sementara waktu. Aish. Janji.janji.janji. Lepas SPM, tiap2 hari aku UPDATE! Promise!

Mesti korang tertanya2 en..nape aku balik awal..yelah..sepatutnya, aku pun tak balik lagi, tapi disebabkan tiket hari Khamis malam ni dah abis, sold out, jadi, terpaksalah aku mengambil tiket balik awal. Seronok jugak balik awal ni, especially sebb tak ramai orang kat jetty. Ahaha.. and satu lagi..seronok dpt tgk org jeles kat kiteorang sebab dapat balik awal :) (Perangai jahat dlm hati..pdhal Trial lps raye.kih3)

Pagi tadi, sampai rumah kira2 pkul 4.30 pagi...sampai2 je terus sahur. Ahaha...first time sahur kat rumah, biase kat maktab, bangun and minum air je. Kes malas nak pergi d.s punye pasal. Semalam, aku dengan Aina(kawan dekat MRSM P.T) je perempuan yang balik awal, lagi 6 org semua bdk2 laki. Nasib baik lah dah lame kenal diorang, jadi rase mcm 'angel' lah sebab bile jalan je, ade bodyguard 6 org kat tepi and blakang. Ahaha. Bajet* ;) Tapi, bile bukak puase, kiteorang ikut je ape yang budak laki order, sebb kiteorang sampai lambat dekat kedai makan tu. Wahaha.. serius cakap, first time makan dekat kedai dgn kwn2 laki, bukak pose lak tu.

Nasib baik lah diorang order makanan simple2 tp bebaloi dan sedaap. Walaupun hanya nasi goreng pattaya dengan air sirap bandung and ayam goreng tepung, puas hati lah.

                                                    
Ni gambar cilok dari Internet. Nak dekat same lah tu kan :)

Then, hari ni, mama masak biskut. Rase tak sbr gle nak rase. Tapi sebb pagi lagi, jadi kne tunggu. Ai...lame jgak arh.

Mende yang tak suka skarang: Tgah selesema.. tak syok gile...huuu~

Oklah kamu2..cau dlu..akn terus mengupdate :)

Monday, March 14, 2011

Dare to 'Dream High'

Baru-baru ini, telah terdengar sesuatu yang best tentang drama Dream High yang baru habis ditayangkan dekat KBS dari schoolmate, sejak daripada itu, hati ni, melonjak-lonjak untuk menontonnya. Sampai2 je rumah, terus bukak Internet dan....DUSYUM! aku terus menontonnya..hinggalah terobses dengan drama tersebut!

Paling best sebab drama ni berkisarkan tentang impian kita and, bagi inspirasi kepada kita untuk terus berusaha sampai kita capai impian kita tu. Terinspirasi kott. Dan..satu lagi yang paling best sebab drama ni banyak membariskan pelakon-pelakon remaja yang banyak berasal dari group2 yang famous dekat Korea, anataranya adalah, Taec Yeon dan Woo Young 2PM, Suzy MissA, Kim Soo-Hyun U-Kiss, Ham Eunjung T-ara and lain2 lagi. JYP pun ade make appearance dlm drama ni sbg English teacher :)

Serius cakap, drama ni best..mungkin dah ramai yang dah habis tonton enn..So..maybe itulah pendapat korang kan. Paling suka, bila part Woo Young menari..mcm Micheal Jackson plak.

Anyway.. sape2 yang ade free time..bolehlah pegi cuba2 lihat ekk.:)

Saturday, March 12, 2011

Peristiwa kembali lagi

Kembali lagi untuk menceriakan blog yang sudah lame ditinggalakn suram, menyepi...kesedihan seorang diri. Aiyoo...sangat kesian dekat aku punya blog ni..tak sempat-sempat nak update. Entry berkurang...followers pun tak naik2..hehe..income kat Nuffnang pun berkurang! Aii....orang-orang semua, meh sini meh...follow aku meh.hehe...

Sebulan kat maktab..memang banyak benda yang berlaku...best utk Senior Year!.. kiteorang ade sukan, activity week..exam..all come in one.Huh~ sungguh memenatkan. Later..aku akan updatekan gambar-gambar. Hehe...gambar-gambar ni dari compact camera je... tak mampu lagi nak mempurchase DSLR idamanku itu~ Tapi...serius cakap..memang aku akan beli DSLR sebijik sebab aku dah memang jatuh cinta, hati and jantung semualah dekat dunia fotografi. Sekarang masih dalam proses belajar~ Aku masih maknae okay.

Tiada main topik untuk dibincangkan, tapi fikiran aku masih mahu bercakap tentang kejadian alam yang terjadi dua tiga hari ni. Tsunami, gempa bumi...apakah maksudnye? Dua hari lepas, sebelum pulang ke rumah, masih di maktab, aku ada terbaca satu artikel dekat muka depan newspaper 'The Star' Masyaallah! Sangat banyak ikan mati dan sudah kembung yang terapung-apung kat sekitar perairan laut Los Angeles. Dalam hati aku, dah terdetik, ya Allah... apa lagi yang akan terjadi kali ni? Aku takut, dalam hati, aku berdoa, agar kita semua selamat. Sehari selepas itu, hari Jumaat, gempa bumi dan Tsunami melanda Jepun. Aku mendesah..takut..prediction aku tepat. Ade benda yang akan terjadi dan telah terjadi. Syukur, perjalanan aku dlam feri dari Langkawi ke Kuala Perlis selamat, tapi..gelombang air memang dah lain macam.Kuat..memeningkan.

Persoalannya, kenapa semua ini berlaku. Ya..memang betul takdir Dia. Tapi...adakah segala macam peristiwa yang ditayangkan dalam cerita Sains Fiksyen yang kita tonton itu benar-benar terjadi. Kalau dalam cerita..dunia mampu diselamatkan..tapi di dunia sebenar, mampukah kita menyelamatkannya sepertimana yang ditunjukkan dalam movie-movie tersebut?

Friday, March 11, 2011

jangan lupakan aku !!!

Akan mengupdate and buat sedikit perasan pads blog tomorrow....wait!!!

Friday, February 4, 2011

Kalau aku sayang kau...

Assalamualaikum. Maaflah ye, anak-anak..walaupun aku sudah sampai di rumah, tapi tangan ni sangat malas nak menaip...time ade mood je, otak tetibe jadi blank, kosong...rangka-rangka karangan yang comel-comel tadi hilang entah ke mane. Aigoo...berat sungguh msalah minah sorang ni kan. Ahaha.Jadi..blog ni pun terabandon lah sorang-sorang untuk jangka waktu yg  agak lame. Heh...ehh..tapi..jangan risau, aku nak update lah ni. Jangan lari tau..sayang korang semua!

Life? Penat sngat2 sampaikan ada satu saat aku nak mase ni berhenti boleh sekejap supaya aku dapt berehat tanpe perlu fikirkan ke mana masa-masa yang tadi tu pergi menghilang. Cabaran SPM tu memg dah terase, sampaikan pening kepale ni nak memikirkannya. Kadang-kadang rase dah tak terkejar semua benda ni. Mane nak fikir kelas, mane nak fikir homework, dengan kelas tambahan cikgu lagi, study group lagi. Aih..kalau org yg x sbar tu, boleh gile dibuatnya. Tapi..alhamdullilah lah..setakat ni, aku tak gila lagi. Masih waras dan sihat walafiat lagi.

Friends? Yeah..maybe its true that I love you, kawan. Tapi, as you said, maybe kite pernah share some sweet, sad and tough moment together,but maybe this year, is not for us. Fine, aku boleh terima semua tu. Mungkin itu takdir kita en.. tapi, seriusly, I won't forget you and I won't forget those moments with you. Kau ajar aku bnyk benda, untuk menjadi diri aku sendiri. Kau  macm  kakak  aku  yg  tunjuk  kat  aku tentang hidup ni yang sebenarnya adalah pilihan kita sendiri, bukan bergantung pada orang lain.Kawan,sampai mati pun aku  akan ingat kau dan nasihat kau tu.Thank you.Aku tak benci kau, tapi aku sayang kau sangat-sangat.

Kawan-kawan lain? Pada aku memerlukan kalian, kamu semua hadir.Memberi warna dalam hidup yang dulunya hanya hitam dan putih shaja.Terima kasih. Korea dan kita sangat sebati kan? Biarpun jauh kat sudut hati aku, masih ada luka dahulu, aku terhibur dengn hadirnya kamu semua dengan kegilaan-kegilaan itu. Saranghaeyo.

Aigoo...entry ni bnyk pasal perasaan.Maaflah ye.Aku memng tengah dalam emosi skit ni. :(
Inspire me, please???

Saturday, January 15, 2011

Tua sudeh :)

Oh dunia...dengarlah.. hari ni saya sudah meningkat tua lagi setahun! Hahaha.. Rase takut pulak bila dah meningkat tua ni. huhu. Hari jadi yang biase2 je. Lagipun duduk dekat maktab, ape yang nak disambut...orang lain ramai yang balik rumah sempena befday Sultan Kedah.hee. Hari ni..mood elok je. Walaupun sangat boring dan saaaangat mengantuk, aku berusaha jugak untuk outing dan ke cyber cafe semate-mate untuk update blog. hee...sngt rndukn blog dan kamu2 semua!

Disebabkan sudah tua, hee...aku berjanji dan berazam pada diri aku sendiri untuk bersungguh-sungguh dalm SPM. Doakan aku ekk..doakan aku menjdi Najwa Nadia yang lebih baik :)

Thursday, December 30, 2010

Oh...sudah mahu pergi 2010?

Yerp..itulah hakikatnye yang prlu semua manusia dekat dunia ni tahu. Tahun 2010 dah nak pergi! Dah nak meninggalkan kita. Dah tak datang lagi dah, kecualilah kalau korang yang mendatangkan memori-memori 2010 itu di dalam fikiran. Jadi wayang gambar berwarna tapi tak bersuara je lah. Secara keseluruhannya, aku mengalami tahun 2010 yang sedang-sedang sahaje. Tak happy sgt, tak sedih sgt. Biasalah...

Eventually, tahun 2010 aku bermula dengan aku masih meneruskan sekolah di MRSM PAsir Tumboh selama 2 bulan untuk mengisi masa lapang dengan program KIKA sebelum dihantar ke maktab lain. 'Waktu menghabiskan mase di dalam dewan' selalu je kawan2 aku mention ni, belajar thinking skills, learning skills and ntah hape-hape lagilah, yang kami sudah didedahkan sejak kecik lagi. Tak ke bosan? Adoyai.. Cukup sebulan setengah 'merehat-merehatkan' minda, panggilan untuk menggerakkan semula enjin otak yang telah beku berkarat itu kembali. Aku ditempatkan ke MRSM Langkawi. Jauh sangat. Tapi, tahun lepas, aku jugak yang sibuk nak pergi situ. heh. So, tak boleh nak rungut ape2.

MRSM Langkawi? Hardships? Sudah sinonim. Mane nak sesuaikan diri, mane nak cari kawan, mane nak hilangkan Encik Homesick kat dalam diri. Bak kate, memang bnyk benda yang terjadi dekat situ. Tapi, sebagai manusia, aku tak boleh nak berputus asa, telan semuanya. Ade jugak kadang2 rase give up menjengah diri, tapi sekejap je, tak sampai setengah jam, dah kembali normal. Heh. Perjuangan harus diteruskan walaupun sesakit mane segala benda yang ada di hadapan kita.

Menghabiskan dua semester di MRSM Langkawi membuatkan aku lebih mengenali erti kehidupan. Membuatkan aku terima seadanya segala ape yang dipersembahkan utk hidup aku. Dua semester ditutup dengan peperiksaan akhir semester dua, yg resultnye tak memuskan hati. Apelah yang aku belajr? Haha..

2010? Banyak memori yang nak aku ingat. Banyak jugak yang aku nak lupakan. Kenapa? Biarlah aku yg tahu sendiri, ye tak? Yang peting tahun 2011 yang mendatang, aku berjanji akn buat yg terbaik dalm SPM. Insyallah.

2010...saye kenal ramai orang!


 Kelas kesayangan 401 Lawrencium


Saya slalu tnye sal Korea dekat die!


Anak-anak Zainuddin! Hehe..classmates and roomate


Aku rindu momen ni!

Babai 2010. Babai buat sementara waktu, blog!

Wednesday, December 29, 2010

Hampir tua :(

Lagi dua hari aku akan balik ke maktab. Adoyai... cam sekejap sangat cuti kali ni. Memang tak cuti pun, dok tuisyen memanjang..Takpelah, untuk kebaikan diri aku jugak. Campur, tolak bahagi, lagi 16 hari aku akan genap mencapai usia 17 tahun. Seram kott angka tujuh belas tu. Rase macam dah tua sangat, tapi..kadang2 rase mcm tak, pulak. Rase mcm sekejap sangat, tup.tup aku dah 17 tahun. Dah nak ambik SPM woo.. Kalau mase aku kecik cinonet dulu, aku rase akak-akak and abang-abang yng dah berusia 17 tahun ni macam besar sgt2. Mase tu, mcm nak cepat2 jadi besar, nak sekolah menengah. Tapi, sekarang, gatal pulak nak jadi kecik balik. Nak duk sekolah rendah. Jadi budak kecik kan senang, tak payah pikir banyak masalah..kan.kan.kan? Sape setuju, angkat tangan!!

Kalau orang dulu-dulu, 17 tahun, dah boleh kawen dah, siap ada anak lagi. Tapi..zaman kan dah berubah, kalau dulu, orang tua-tua slalu kate, perempuan, duk kat dapur je, tapi sekarang, perempuan pun dah boleh kerja dah. Terer kan perubahan zaman? (Tengah menaip sambil tengok bola ni... ape da Indonesia.. pakai laser jugak.Aritu bising, cakap tak serupa bikin)..haha tak boleh belah..nak jugak masuk ayat dalam kurungan tu.

Aku ni, jenis yang suka mengimbau kenangan, alah..kenangan dulu-dulu waktu kecik2. Banyak jugak yang best, ade jugak yang tak. Kalau dulu, semua masalah macam takde je, kan? Sekarang ni, mane nak fikir belajar, mane nak fikir benda-benda lain. Aish..tapi..itulah namanya kehidupan kan? Banyak azam aku tahun ni? Ntahlah...banyak lah jugak. Tapi..tu aku alan ceritakan kat entry lain. Entry ni nak membebel pade diri yang suda tua ni. Yang penting tahu 2011 tahun penting aku, tahun penentuan. Arah hidup aku suatu hari nanti bergantung pada usaha aku tahun 2011 ni.

Okeylah..nak sambung tengok bola :)

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Tinggal Pusat Tuisyen al-Amin

Huhu...tengok tajuk entry ni macam sedih gile kot. Yeah...begitulah bunyinya mood aku hari ini, mengucapkan selamat tinggal dan salam terakhir kepada cikgu2 dan rakan2 kat Pusat Tuisyen al-Amin, yg sebulan ni dok sebuk berulang-alik krn ingin menimba ilmu, dan tak mahu biarkan otak aku ni berkarat disebaban cuti yang agak lame.Huhu. Yup, otak aku ni kalau dibiarkan rehat lame-lame mau lemau. Jadi, inisiatif aku mengambil tuisyen pada waktu cuti ini adalah sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun hadapn. Bak kate org, biar enjin tu panas dulu, baru boleh drive dngan selesa...ye takk??

Ape-ape pun, aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat cikgu-cikgu yang baik hati nak mengajar kitaorang selama sebulan ni. And...to kawan-kawan sekelas...best gile kott sekelas ngan korang! Tahun depan aku dah tak pergi sane, tapi..aku sentiasa berdoa agar Allah pertemukan kite lagi. Aku akn ingt semua bebudak kelas a yg comel2. Comel2 je..takde hensem2 sebb semua perempuan.Hu~ Walaupun hanya sebulan, kesannye mendalam dekat aku.

Hari tu, mase mula-mula setat tuisyen, rase cam lame sangat sebulan tusyen dekat situ. Tup.Tup. Hari nih dah hai akhir. Sekejap je.. aish..rase macam nak sambung tuisyen kat situ lagi. Best.Dan lagi dua tiga hari, dah nak pulang ke maktab. Uwaa.. aku sambut New Year dlm bas lah tahun ni. Aish...sedih gile kot. Takpe-takpe.. tahun depan dah takleh main-main dah. Kena serius balik...*mood serius* SPM!

Mane2 yang nampak aku macam tak serius tu, tegur-tegur la ekk..hehe. membantu kan amalan mulia.

Okaylah..chiow...ambo nk tgk cte Mary Stayed Out All night dekat astro nieh. Power tak?? Dh kuar dekat Astro! Episod bape ntah...

Friday, December 24, 2010

Bile mood hilang...

Anda suke tak, bile anda nak pergi shopping, ingatkan hari ni shopping mall tu lengang tapi rupe-rupenye tak?Penuh gila sampaikan berlaga-laga troli semua and barang-barang yang anda nak pun habis sebab org lain dah dapat dulu :( Lepas tu, ade pulak yang mak cik-mak cik ni dok tengok je ape yang korang beli, lepas tu turut membeli barang yang same. Apa motif dia huh? Serabut gile kowt. Aku? Demm tak suke!

Penah tak benda-benda kat atas tu terjadi dekat korang? Alkisahnya, semalam aku and family keluar untuk bershopping barang-barang sekolah sebagai persediaan nak balik ke maktab disebabkan cuti yang dah semakin pendek itu, dan aku juga perlu menghabiskan tuisyen yg tinggal lagi seminggu (cam malas gile kott...) Jadi, hari yang bertuah yg telah dipileh adlh hari Jumaat.Huhu. Sampai-sampai je kat shopping mall tu aku memang terkejut gile lah, ramai sangat-sangat orang yang bershopping semalam, sampaikan semua fenomena yang aku sebut dekat atas terjadi dekat kiteorang sekeluarga. Aish..tak suke!

(Foto ni takde kena mengena)

Disebabkan telah terjadi fenomena2 di atas, kami telah berkunjung ke dua shopping mall semalam.Biasenye lepas melawat(sesuai ke term ni?..haha) satu shopping mall kami terus balik. Tapi semalam tak. Disebabkan barang2 mahal, kami sanggup ke shopping mall sebuah lagi yang menawarkan harga yang lebeh murah.Huhu. Berbaloi lah..sebab shopping mall yang kedua tu memang murah pon.

Tapi, seriusly, memang aku tak suka gila kalau time aku shopping ada orang ramai2. Tak de privasi langsung. Aku lebih sanggup tak pergi waktu shopping mall tu sale, sebab senang nak membeli. Hehe. Kalau ade ramai je, terus hilang sikit mood nak bershopping, ala sikit je.Haha. Tapi, secara jujurnya, memang aku ni tak suka membeli-belah! Dari rumah tu memanglah bersemangat bile dengar nak keluar shopping. Tapi bila sampai kat tempat shopping ni, terus aku tak de mood nak pilih. Kenapa ekk? Aku pun tak tahu. Kalau korang tahu kenapa boleh bagitahu aku tak ape masalahnya aku niey? Geram betul bile jadi macam tu.

Tolong aku ehh...

Thursday, December 23, 2010

Berat :)


Jom kite timbang-timbang belog! Huhu...yeah..kepada sesiapa yang rase blog dia berat tu, pergilah try timbang dekat laman web ni, www.iWEBTOOL.com. ceh. Cayalah...tak sampai seratus pun... bagus2.huhu

Pemilihan lagu..huhu

Setelah berasakan blog aku ni agak sunyi, aku membuat keputusan untuk meletakkan lagu supaye nanti kalau adelah readers2 yang datang, tak rase bosan sangat :) Bagus kan aku ni, huhuhu memikirkan kebajikan pembaca2 aku yang comel-comel tu :) huhu. Tapi, disebabkan aku tahu ade sesetengah readers yg tak beape suke kalau2 buke blog, terus keluar lagu (yelah..tibe2 lagu blog aku ni ganggu lagu yg dorang tengah dengar, susahlah..huhu) aku ambil lagu yang tak hardcore dan harsh sangat.Huhu..

So...setelah melalui proses penapisan dan pendengaran beberapa kali oleh aku sendiri, mengikut kesesuian pembaca dan aku juga...lagu yang telah dipilih adalah..... CN BLUE - Love light. So, ape pendapat korang dengan lagu tu? Bagi aku lah, lagu tu tenang je..sebab tu lah lagu tu dipilih antara banyak-banyak lagu kat luar sane tu.Huhu..



Sebelum letak lagu tu, ade jugak test lagu Jay Park - Nothin' On You tapi tak jumpe yang best kualiti, jadi aku memilih dengan muktamad lagu CN Blue.



Enjoy!

Wednesday, December 22, 2010

Esok - result PMR adek!

Haish...sekarang dekat rumah atok. Tunggu papa tak datang-datang ambik lagi. Tak datang lah tu malam ni. Huhu. Takpe, takpe Taulah aku nak buat ape...hehe. acece..gurau je. Oh...aku baru lepas call papa. On the way :) Nice!

Okeh...sekarang meh kita bergerak ke teraju utama post ni PMR. Aku pasti dan sangat2 pasti yang readers2 and followers ramai yang sudah menempuh pepriksaan ni, termasuklah aku ataupun, yang bakal menempuhnya nanti. Takpe, jangan cuak, tak susah sangat pon (memanglah..dah lepas kan :) buatnye tak, cuak jugak)

Esok 23 Disember 2010, so hilanglah debaran-debaran di dada-dada pelajar tingkatan 3 2010 kerana keputusan PMR 2010 akan diumumkan secara rasmi esk dan salah seorangnya adalah adekku sendiri, Nabila. Aish.. macam mana lah result adek esok. Insyaallah, boleh lah tuh... Aku yakin dia pasti boleh. Dia kan adek aku. haha.. sorry, terover sedikit yaish..perlu megcover diri nieh.

Ni lah adik aku. dan foto ini di grab dekat facebook nya.

Good luck yea dik!

Award pertama...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hati ini sangat girang saat terlihat cikguLokman menghadiahkan award ni dekat aku. Wuhh.. tak penah-penah dapat award. Ni award first lah ni. Terima kasih :) Suke sangat award tu. Huhu    

Nak jawap soalan cikgu Lokman ekk :

1. Blog Catatan Loqman Hakim best, dan sangat friendly :)


2. Cerita tentang blog.Haih...seperti yang telah diceritakan dalam post sebelum ni, blog aku dimulakan 2 tahun lepas atas sebab bosan. Dulu, tak pernah terlintas pun nak aktif, tapi sekarang, dah matang, nak aktif dalam blog, nak gain followers and nak kawan.Blog ni adalah catatan hati aku.

3. Get in touch with the world :) (menjawab soklan tak nie?) huhu

Jom Berkenalan dengan tuan empunya blog!


Rutin harian dijalankan seperti biasa hari ni.Tiada yang menarik, lagipun cuti sekolah pun sudah hampir tamat. Alamatnya, blog ini akan dibiarkan menyepi sedikit masa.Tapi takpelah.. Hari ni, saya mahu men"join" kan diri ke dalam segmen Jom Berkenalan untk mengsupport segmen CikguLoqman :).
Thanks invite :)

Segmen ni terbuka kepada semua.Klik banner untuk join yer! huhu..







Baiklah...teruskan ke soalan! Tak sabar nak jawap ni!

1.Apakah status anda 
 Single-mingle. Sedang mencari-cari kah? Tak tahulah...banyak lagi masa untuk mencari si dia yang sesuai :) huhu.



2.Ceritakan tentang diri anda
Yah...bukan senang nak menceritakan tentang diri sendiri ni.Kenape? Sebab banyak sangat benda nak cerita..hehehe.Ok.Ok.Dah-dahla membebel. Proudly born on 15th January 1994 di tengah hari yang sangat panas(tak panas mane kot...).Dah dekat tuu...jangn lupe bagi aku hadiah.Nama diberi Nur Najwa Nadia. Sudah hampir lima tahun bersekolah asrama, budak tough lah ni kiranya (ehem :P) Aku sangat-sangat tak suka dekat orang yang suka tipu-tipu dan tak ikhlas dalam persahabatan. Mempunyai habit meletakkan titik banyk2 dalm setiap ayat yg ditulis dan akan pastikan setiap ayt yang ditulis ada titik kt akhir sekali.Huhu. Bakal mengambil SPM tahun depan.Sekarang belajar di MRSM Langkawi.

3.Ceritakan tentang Blog anda
Mula-mula berblog dua tahun lepas, tak ingat tarikh spesifik jadi tak dapt raikan :(. Tak serius pun sebelum ni, sebab buat untuk suka-suka. Tapi makin lama makin jatuh cinta dekat dunia blog yang sangat best. Blog aku ni banyak cerita tentang hidup aku dan benda-benda yang sering terjadi kat luar sane tu (yelah kalu dok asyik cerita tentang aku je, mane best kan?) Selalu je nak update tapi bile bukak ruangan kosong tu, otak jadi blank. Hehe. Tapi, Alhamdullilah, selagi tangan di link dengan otak aku masih akan tulis. Follow aku ye.

4.Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Bagi aku, dunia blog ni dapat membuka minda ramai orang. Selain itu, kite gak boleh cari ramai kawan melalui blog. Aku jugak dapat luahkan idea-idea aku, yang mana tahu, boleh ubah dunia? Tak de blog takde lah seorang insan bernama Najwa Nadia :)

4.Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
Tak banyak.Just be yourself.Write what you think not what you feel which is sometime, bercelaru. Jangan ciplak blog orang lain sebab akan membuatkan diri dibenci dan rajin-rajin lah update...

5.Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda
Unik? Unik ke? Hehe... bolehlah kan. Uniknya, bagi aku, aku macam boleh berkomunikasi dengan orang bila aku tulis blog. Bila tulisan kita dibaca tu, rase cam di appreciate sangat-sangat.

6.Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai bila-bila? Insyaallah.. selagi Allah mengizinkan aku untuk terus menulis aku akan terus menulis. Impian aku, well, biarlah dunia blog ni betul-betul mempunyai orang yang mempunyai hati utk menulis dan berkongsi ilmu, bukan hanya untuk orang yang tiada idea atau tak faham pun apa yang dia tulis.

Huhu...cam skema gile jawapan aku ni kan.

4 orang yang ditag adalah :

wani :)
Fieqa :)
Fatin Rehanna
Bro Fitri

Saturday, December 18, 2010

Ber'Nuffnangging'

Seharian mengadap komputer...mane tak tertarik dengan Nuffnang. Ahaha...bukan setakat tertarik je, terjatuh hati,cinta semualah. Buat nuffnang ni, firstly, bukanlah sebab aku nak sangat ngan duit-duit yang ada tu. Lagipun, brapelah sangat nak dapat kan. Tapi.. bagus jugak ada nuffnang ni, sambil berblog boleh dapat duit.Ngeh3.Okaylah...sape-sape yang tengah view blog aku ni, make sure ringan-ringankan jari-jemari korang yang comel-comel tu untuk mengklik nuffnang aku yer....!

Friday, December 17, 2010

Kawan-Kawan :)

Sepatutnya, dah lama entry ni ditempek dalam blog aku ni. Tapi setiap kali nak tulis mesti tak ingat entry-entry yang dah dirancang awal-awal dekat rumah :). Aku tak nak cakap banyak pun dalam entry ni, tapi aku nak letak gambar lah.Gambar-gambar ni tlah diambil sewaktu aku pergi melawat kawn-kawan aku yang rmai dekat MRSM Pengkalan Chepa nun, awal cuti hari tu.Disebabkan aku dan beberapa orang rakan lain dapat cuti lebih awal, jadi kiterang pun buat keputusan pergi lawat diorang...hehe.

Diorang yang bakal-bakal ditempek wajahnya dalam blog aku ni adalah kawan-kawan rapat aku.Sayang korang ketat-ketat!!!



Bestfriend forever!


Kami kelihatan sangat comel dalam gambar nie! 


We shared great moments together, aint we?


Budak-budak laki kat belakang aku tu pun kawan baek aku gak tuh!


Bestfriend and best table mate for 2 years! Missing you, Ima!









Aku merindui kalian sangat-sangat :(

Thursday, December 16, 2010

Kontest Blog Terkemas

Kontes lagi.Kontes lagi.Saje je...bosan-bosan..masuk kontes pun best jugak kan.Kali ni, aku enter kontes dekat blog cikHanna:). Haha..tak terfikir pun nak masuk kontes blog terkemas ni.Ada tertanya-tanya jugak...kemas ke blog aku ni.Tapi, ape-ape pun... nak mencuba jelah..huhu..


Sape-sape nak join just tekan dekat banner tu ye.:) Selamat mencuba!

Dan...tiga orang yang saya tag ialah: